Sebelum ini, ramai yang menyampah dengan Haneesya Hanee! Mana tidaknya, asyik bercakap tentang kulit hitam sahaja sampai ramai naik meluat!
Terbaru, model dan pelakon ini ada memuat naik video di Instastory. "Saya pergi satu kedai makan ni dan ternampak menu sup sirip ikan yu. Saya menangis. Hati saya hancur," tulisnya.
Bagi yang tak tahu, sebelum ini WWF Malaysia menggesa agar restoran, peruncit dan hotel untuk 'mengharamkan' sirip ikan yu daripada menu makanan mereka. Penangkapan ikan yu yang keterlaluan memberi kesan negatif terhadap kestabilan ekosistem marin. Mungkin disebabkan itu, Haneesya meluahkan perasaan sedih dan kecewa.
Bagaimanapun, video tersebut mendapat reaksi negatif daripada warganet yang menyatakan tangisan Haneesya hanyalah palsu. "Nangis pun nak rekod ke?" "Sempat pula ambil handphone nak rekod menangis?" "Kalau sedih keluar jelah dari kedai tu, jangan pula sokong makan situ!" Bermacam-macam lagilah kata-kata kejian yang dilemparkan. Nak perhatian agaknya. Anda rasa macam mana? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|