Empat sekeluarga terkejut apabila mendapati kereta mereka terkena anak panah tersasar selepas mendengar bunyi dentuman kuat. Memetik Harian Metro, dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, Tan Theam Lye, 62, sedang memandu di Jalan Beserah, Kuantan menghala ke Lorong Bukit Ubi pada Rabu lalu bersama isterinya, Wong Sow Lan, 54, serta adik dan bapanya. Katanya, isterinya mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat ketika menunggu di lampu isyarat. Apabila diperiksa, mereka mendapati anak panah sepanjang kira-kira 50 sentimeter melekat pada pintu penumpang sebelah kiri. Mereka bagaimanapun bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan kerana anak panah tidak menembusi pintu kereta berkenaan. Dipercayai, anak panah itu tersasar dari sekolah berhampiran dan menurut Wong, ketika kejadian sedang berlangsung latihan acara sukan memanah dalam kawasan sekolah terbabit. Berikutan kejadian anak panah tersasar itu, semua sekolah di Kuantan diarah menghentikan aktiviti sukan memanah serta-merta bagi tujuan keselamatan. Namun, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan Mohd Razali Mustafar berkata, aktiviti sukan itu boleh dilakukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam memandangkan ia memiliki kemudahan lapang sasar memanah khas untuk pelajar menjalani latihan. - CARI
|
CiliPadiSedap replied at 5-7-2019 02:12 PM
Sis vokuru dulu masuk acara memanah tapi xdpt point sebab anak panah semua kena pintu kereta dodolge ...
sitilu replied at 5-7-2019 02:41 PM
buta buta cikgu kena paw rm300
hebat sgt ke budak sekolah tarik panah sampai boleh pi gitu jauh tem ...
kroit92 replied at 5-7-2019 03:30 PM
kan. aku tengah suspicious jugak ni
aku main archery jugak, sampai universiti dulu main
ADVERTISEMENT