CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Prebet Sapu Putus Cinta Cuba Terjun Bangunan CIQ

10-6-2019 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3141| Komen: 16

Pemandu kereta sapu berjaya diselamatkan daripada cuba terjun bangunan akibat putus cinta dan masalah kewangan.

Memetik Harian Metro, kejadian berlaku jam 3.10 petang semalam, di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Johor Bahru.



Foto: BH Online

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais mengesahkan Balai Polis Bangunan Sultan Iskandar (BSI) menerima panggilan daripada anggota bertugas kawalan bangunan sama memaklumkan seorang lelaki menceroboh masuk bangunan bahagian bas keluar masuk Malaysia dan cuba terjun dari tingkat empat BSI.

Menurutnya, anggota BSI dan bomba berjaya memujuk dan menyelamatkan lelaki terbabit pada jam 5.05 petang.

Selain cuba bunuh diri akibat tekanan perasaan, lelaki berkenaan mengaku mengambil syabu.

“Ujian saringan kencing mendapati lelaki berkenaan positif amphetamine dan akan direman di mahkamah esok.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan dan Akta Kawasan Larangan Dan Tempat Larangan 1959,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, K Karupanan mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.35 petang sebelum 17 anggota dikerahkan ke lokasi.

Anggota mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memujuk mangsa dan operasi tamat jam 5.15 petang. - CARI
5

Bagus

Marah
4

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ali_x 10-6-2019 11:47 AM
Dadah itu merbahaya...asal putis cinta je bt kptsn putus nyawa...
Quote Kurex 10-6-2019 11:47 AM
BSI tu singkatan apa
Quote monreyes 10-6-2019 11:48 AM
selama ni makwe ke tanggung...
Quote insulin 10-6-2019 11:49 AM

Bangunan Sultan Iskandar
Quote kakakau 10-6-2019 12:28 PM
ptutnya bia je dia. kurang sorang penagih tak guna kat malaysia ni
Quote sharlenetexas 10-6-2019 12:29 PM
insulin replied at 10-6-2019 11:49 AM
Bangunan Sultan Iskandar

Kalau Bangunan Sultan Ibrahim mau kena kacau sebelum bunuh diri
Quote insulin 10-6-2019 12:45 PM
sharlenetexas replied at 10-6-2019 12:29 PM
Kalau Bangunan Sultan Ibrahim mau kena kacau sebelum bunuh diri

Murka Raja Johor dibuatnya...
Quote Sazida 10-6-2019 12:58 PM
Laki aku balik keje xde pulak cerita psl ni..

Lawa sgt ke awek ko tu bang sampai nk bunoh diri bagai?
Quote nononcrux 10-6-2019 01:07 PM
masalah kewangan tapi mampu lagi amik dadah.. ni mesti mls kerja makan gaji..
Quote sidewinder 10-6-2019 01:25 PM
hanya kerana sebuah apam sanggup nak bunuh diri.....kemonn
Quote sharlenetexas 10-6-2019 01:52 PM
insulin replied at 10-6-2019 12:45 PM
Murka Raja Johor dibuatnya...

Angker2 SIB menjelmakan diri mau lari tak cukup tanah. Tak jadi bunuh diri
Quote Asdan 10-6-2019 02:39 PM

tujuan hidup ialah untuk terus hidup, ayam pun tahu tak ada bunuh diri,
Quote glump 10-6-2019 08:26 PM
Dasar jiwa kecik, masalah je bunuh diri
Quote teloq 10-6-2019 08:44 PM
mat pit mostly useless zombie....elok mampos jah
Quote Pink_Purple 10-6-2019 10:11 PM
acah2 je tu..
Quote xtahumenahu 10-6-2019 10:18 PM
Mcm2 kebinasaan da cube buat..x mampus jugak

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.072223 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top