CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Cepat Sampai KL, Lelaki Tertinggal Ibu Di R&R

10-6-2019 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7444| Komen: 46

Description: Sukar dipercayai namun itulah yang berlaku apabila seorang anak lelaki dan isterinya tertinggal ibunya di sebuah RR di Bukit Besi, Dungun semalam.Memetik laporan Harian Metro, hal tersebut berlaku ker ...
Sukar dipercayai namun itulah yang berlaku apabila seorang anak lelaki dan isterinya tertinggal ibunya di sebuah R&R di Bukit Besi, Dungun semalam. 

Memetik laporan Harian Metro, hal tersebut berlaku kerana lelaki tersebut tergesa-gesa untuk bergerak pulang kerana ingin mengelak kesesakan lalu lintas. 

Dikatakan lelaki yang berusia 40-an itu bersama isteri dan ibunya yang berusia 73 tahun menaiki kereta dari Bukit Payong di Kuala Terengganu untuk pulang ke Kuala Lumpur. 

Kredit foto: Harian Metro

Lelaki itu dikatakan berhenti di R&R Bukit Besi kira-kira jam 8 pagi selepas isterinya mengadu hendak ke tandas.

Ketika menunggu, lelaki itu tertidur di dalam kereta dan tidak menyedari ibunya juga keluar untuk ke tandas yang sama.


Sebaik isterinya memasuki kereta, mereka meneruskan perjalanan tanpa sedar langsung ibunya sudah tertinggal di R&R tersebut. 

Difahamkan ibunya diselamatkan oleh dua anggota JPJ yang meronda di situ yang kemudiannya menghantar warga emas itu ke Balai Polis Bukit Besi.

Pihak polis berjaya menghubungi anak warga emas itu selepas dia bercerita tentang anak perempuannya yang mengajar di Bukit Payong. Dengan maklumat tersebut, pihak polis mendapatkan nombor terlefon anaknya selepas menghubungi pihak sekolah. 

“Polis berjaya memaklumkan berhubung kejadian itu kepada anaknya sebelum seorang cucu warga emas terbabit datang ke Balai Polis Bukit Besi, kira-kira 12.30 tengah hari.

“Warga emas terbabit kemudiannya dibawa pulang semula Ke Bukit Payong, sementara anak lelaki dan menantunya itu berpatah balik untuk mengambil semula ibunya itu,” kata Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah. - CARI 
1

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakupayung21 10-6-2019 10:42 AM
dari nak cepat dah jadi lambat
Quote merrissa 10-6-2019 11:25 AM
adoiyai.....macam2 hal

selalu yg tertinggal2 ni mesti pakai kereta besar
Quote sidewinder 10-6-2019 11:25 AM
pelik2 jer org gannu......aku tak rasa anak dia ni bwk bus.....kalu bus tu logik gak bole tak perasan....kena bukak kertas kajian pasal ore gannu.....baru2 kes pakai minyak brek moto utk gigi..ni tertinggal mak lak
Quote raxief 10-6-2019 12:02 PM
jiran aku pun tertinggal anak dia kat petrol station rnr plus 2 tahun lepas.. haha.. tgh bayar kat kaunter isi minyak, anak keluar pegi toilet.. habis isi minyak, masuk kereta terus start jalan.. bini membuta kat sebelah.. nsb baik anak besor panjang ada hp sendiri.. tak pasal2 kena pusing balik

yg lawak, masa anak dia call, dia jwb " ko apasal mengada sangat nak ckp dgn abah dlm kereta pun pakai telefon?"
Quote kakakau 10-6-2019 12:21 PM
raxief replied at 10-6-2019 12:02 PM
jiran aku pun tertinggal anak dia kat petrol station rnr plus 2 tahun lepas.. haha.. tgh bayar kat k ...

hahaha ni kelakar
Quote batmana 10-6-2019 12:37 PM
raxief replied at 10-6-2019 12:02 PM
jiran aku pun tertinggal anak dia kat petrol station rnr plus 2 tahun lepas.. haha.. tgh bayar kat k ...

msti besar sgt kete tu, atau penuh barang menggunung smpai kata gitu
Quote clarizsa 10-6-2019 12:38 PM
Ye ke tertinggal

Relax je xde nak cek n cari mak dia pun
Quote zehra2 10-6-2019 12:39 PM
raxief replied at 10-6-2019 12:02 PM
jiran aku pun tertinggal anak dia kat petrol station rnr plus 2 tahun lepas.. haha.. tgh bayar kat k ...

Lawak. Kereta panjang bebenor gaknya.. tk nmpk anak
Quote sidewinder 10-6-2019 12:44 PM
clarizsa replied at 10-6-2019 12:38 PM
Ye ke tertinggal

Relax je xde nak cek n cari mak dia pun

tu laa pasal....i smell some shit here....ke dia memang tak nak bwk mak dia....tp mak dia nak gak ikut.....nak berterus terang kang jd drama melayu plak mcm cite TV3 petang2 tu.....dia mengharapkan mak dia hilang...bole bolot harta....mcm mustahil je bole x nampak mak dia dok blakang....bkn bwk bus express pun
Quote ratna 10-6-2019 12:53 PM
raxief replied at 10-6-2019 12:02 PM
jiran aku pun tertinggal anak dia kat petrol station rnr plus 2 tahun lepas.. haha.. tgh bayar kat k ...

hahahaha...kesian kat anak


tp kelakar la pulak..


Quote nononcrux 10-6-2019 01:15 PM
pelik la hai.. pelupa tahap gaban ke laki bini serta ank cucu?
Quote ohnoLia 10-6-2019 01:40 PM
raxief replied at 10-6-2019 12:02 PM
jiran aku pun tertinggal anak dia kat petrol station rnr plus 2 tahun lepas.. haha.. tgh bayar kat k ...

Wow... menarik kisahnya
Quote scorpionkiki 10-6-2019 01:53 PM
After 196 km baru sedar....depa tak bersembangkah dlm kereta
Quote eyansss 10-6-2019 02:05 PM
raxief replied at 10-6-2019 12:02 PM
jiran aku pun tertinggal anak dia kat petrol station rnr plus 2 tahun lepas.. haha.. tgh bayar kat k ...

mak ayah aku pernah rescue anak dara...  ayahnya tak perasan anak pun keluar masa pi tandas sebab masa ayah dia stop, semua tido...  pastu ayah dia pesan minta bantuan orang yang dah berkeluarga untuk hantar kat diorang...  diorang tunggu tepi highway...  nak patah balik, exit jauh bagak...  adik aku cerita masa tu memang budak tu takut2 je approach diorang tapi masa tu yang bekeluarga hanyalah keluarga aku...
Quote JunkMail 10-6-2019 02:23 PM
Pelik2 org Malaysia ni...tertinggal anak lah tertinggal emak lah.... Manusia kot yg korang tertinggal ni.. kalau henpon aku pahamlah..
Quote raxief 10-6-2019 02:26 PM
batmana replied at 10-6-2019 12:37 PM
msti besar sgt kete tu, atau penuh barang menggunung smpai kata gitu

toyota camry, anak bujang tu tidur mengkerekot rapat ke pintu kat blkg.. bini pun tido mati kat sebelah.. kejadian waktu malam.. even dia sendiri pun mengantuk masa tu, harapkan basuh muka & air kopi je nak drive.. lagi satu dia pun macam confused, sbb dia baru hantar anak sulung ke uitm segamat, selalunya yg no 2 ni tak ikut, selalunya lepas hantar balik segamat memang dia berdua je laki bini balik desaru, dia lupa yg hari tu anak no. 2 tu ikut pulak.. aku dgr cerita dia memang ketawa je part anak dia call tu.. dia patah balik, anak dia tengah melantak makan nasi goreng & milo ais kat rnr
Quote kemaruk 10-6-2019 02:29 PM
Member bangkem dulu lagi best.. tertinggal kereta dekat rnr.. lepas kencing je terus jln kaki balik.. dah sampai rumah siap tidur..

Esok hari baru sedar tertinggal kereta sebab nak pergi kerja.. last2 kereta balik sendiri ke rumah tanpa pemandu..
Quote raxief 10-6-2019 02:30 PM
eyansss replied at 10-6-2019 02:05 PM
mak ayah aku pernah rescue anak dara...  ayahnya tak perasan anak pun keluar masa pi tandas sebab  ...

jiran aku ni anak dia lelaki, masa tu umur 19 rasanya.. hp & dompet ada pada budak tu, dia patah balik, anak dia selamba tengah makan nasi goreng
Quote eyansss 10-6-2019 02:34 PM
raxief replied at 10-6-2019 02:30 PM
jiran aku ni anak dia lelaki, masa tu umur 19 rasanya.. hp & dompet ada pada budak tu, dia patah b ...

sempoi la anak dia...  hahaha...  rileks je kan...  tapi sebaek la umur pun besar...  yang takut tu kalau umur below 15...  aku ni bila baca kes tertinggal2 ni, memang susah nak lepaskan anak2 ikut kereta makcik pakcik...  pastu sebelum gerak, aku mesti check anak2 aku...  nauzubillah, jangan la kes nin jadi kat aku...

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.184141 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top