CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Ini 12 Jawapan Selamat Jika Ditanya 'Bila Nak Kahwin' Ketika Aidilfitri

10-6-2019 10:44 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 6781| Komen: 16|Original author: Oleh: nameera

Description: Aidilfitri tiba lagi. Si "Single" dah mula susah hati. Penat memikir apa nak jawab nanti. Soalan "Bila Nak Kahwin?" antara paling HOT yang bakal ditanya nanti.

Kredit foto: Google

Aidilfitri tiba lagi. Si "Single" dah mula susah hati. Penat memikir apa nak jawab nanti. Soalan "Bila Nak Kahwin?" antara paling HOT yang bakal ditanya nanti.

Haish! Soalan ini memang dah cukup popular. Bertandanglah ke rumah saudara-mara, sahabat handai atau jiran sekali pun, pertanyaan ini yang sering ditanya, bukan?

Inilah nasib jika masih "solo" di hari raya. Apabila sering ditanya, sampai dalam dilema pun ada. Asyik-asyik, soalan yang sama juga diajukan.

Jangan runsing, untuk berdepan dengan soalan paling popular ini, hanya perlu buat sedikit persediaan sama ada mahu menjawabnya dengan serius atau menepisnya dengan cara lebih beradab, kreatif, atau gurauan mesra.

Sekurang-kurangnya, dengan ada jawapan kreatif boleh menjadi modal untuk berbual atau mungkin anda bakal berjumpa jodoh dengan anak-anak kepada kawan-kawan ibu bapa anda.



Carian Google


1. Belum jumpa jodoh

Seperti lagu Afghan "Jodoh Pasti Bertemu". Jika tiba masanya untuk bertemu dan bersatu dengan pasangan jiwa anda, ia pasti akan berlaku. Cakap sahaja  "belum jumpa jodoh, kalau ada jodoh kahwinlah".


2. Inshaallah, Bulan 12

Kebiasaan masyarakat kita. Hujung tahun sentiasa menjadi bulan pilihan untuk mengadakan kenduri kahwin kerana cuti sekolah yang panjang. Untuk itu, alasan ini boleh diberi kepada sepupu-sepapat dan rakan-rakan anda. 

Jadikan alasan sebagai modal untuk bergurau senda bersama sepupu dan rakan sebaya. "Inshaallah, Bulan 12. Tapi, tak tau lagi berapa hari bulan, tahun bila, dengan siapa."


3. Tak ada aral melintang, 30 hari bulan 2, tahun depan

"Tak ada aral melintang, 30 hari bulan 2, tahun depan". Yang tidak perasan, pasti akan pecaya. 

Jika ada pecaya, sudah pasti soalan berikutnya akan menjadi pertanyaan. "Hari apa?", " Dengan Siapa?" .... sehinggalah mereka mula sedar sendiri 30 hari bulan di bulan Februari? Mungkinkah?


4. Hadiah

Terus sahaja jawab, "Kalau jadi, nanti aku jemput. Jangan lupa bawa hadiah." Kalau mahu panjangkan lagi jawapan, apa kata senaraikan apa hadiah kahwin idaman anda.

Siapa tahu jawapan seperti itu akan buatkan mereka terdiam. Tapi harus diingat, jawablah dengan bersahaja dan berseloroh. Jangan sesekali beremosi. Boleh punah riang ria di hari raya anda!


5. Pejabat Kadi Tutup

Biasanya, pejabat agama atau pendaftar ditutup dan stafnya bercuti panjang ketika lebaran.

"Eh, tok kadi cuti raya la" mungkin jawapan paling ringkas dan selamat.


6. Jun depan

Satu lagi bulan penuh pernikahan. Andai ditanya bila nak kahwin, jawab saja "kalau ikut perancangan Jun tahun depan." Kalau ada yang terus bertanya lanjut jawab saja "baru rancang, mungkin jadi, mungkin juga tidak. Kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan."


7. Cincin Lut Sinar

"Aku dah kahwin la, tak nampak ke cincin di jari ni? Cincin Transparent. Limited Edition. Nampak tak? Kalau tak nampak belum cukup amal ibadat, hehe."
Jawapan ini sangat sesuai untuk kawan-kawan dan sepupu yang sebaya dengan anda.


8. Carikan Calon

"Carikan calon, please"
"Anak kawan mak ngah, ada yang single tak? Adjust Please"
"Nak tolong carikan ke?"
"Ada calon sesuai tak?"

Kalau yang ini, gunakan sahaja kreativiti  anda untuk menyusun kata. Yang penting, meminta mereka carikan calon untuk anda. Mana tahu, dengan seloroh anda ini, anda bertemu jodoh dengan anak rakan makcik anda, jiran anda atau rakan ibu bapa anda.


9. Tengah kumpul duit

Jawapan jujur dalam kalangan jejaka masih bujang.
"Tengah kumpul duit, kumpul aset untuk bakal isteri dulu. Untuk keselesaan dia juga nanti. Dah cukup semua, kita masuk meminang"

Sejuk hati mendengarnya.


10. Jodoh belum lahir

"Jodoh belum lahir kot."
Mungkin benar, jodoh anda belum lahir. Jodoh tidak mengira jarak umur, tua atau muda. Tidak mustahil dalam soal jodoh.


11. Esok

"Esok, kalau hari tak hujan". 

Jawapan untuk kawan-kawan anda. Siapa tahu anda betul-betul dilamar atau ditakdirkan melamar seseorang pada esok hari. Hidup kan penuh misteri, termasuklah soal jodoh.


Carian Google


12. "Doa dipercepatkan ya"

Jawapan yang menjadi doa untuk anda. Biasanya, jika anda jawab macam tu, orang yang bertanya akan mengaminkannya saja.

Tak payah runsing-runsing. Sempat lagi ni nak buat persediaan untuk menjawab pertanyaan "Bila Nak Kahwin?" 

Jawablah dengan penuh tenang. Sebenarnya, selagi belum berkahwin, tekanan dan pertanyaan daripada orang-orang terdekat pasti akan ada dan tidak akan pernah berhenti.  

Jangan ambil terlalu serius, ya? Mungkin mereka mengambil berat kepada anda. Berfikir positif sahaja, mungkin juga mereka ingin melihat anda bahagia. - CARI

SUMBER : cermati, mstar
5

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 10-6-2019 11:05 AM
Makcik2 tanya aku bila nak kawen aku jawab "bertunang lepas jaafar on tunang, kawen lepas azli kawen".
So selamat
Quote sonatalady 10-6-2019 11:17 AM
tak habis lg ke isu ni?mcm masalah besar sgt soalan2 ni semua.
Raya kot...sethn sekali aje...pandailah jawap sendiri.
Tiap2 hari keluar cara lah..panduan lah..jawapan lah...
Quote ahmad_dhani91 10-6-2019 11:25 AM
Idols pun kadang2 x tau nak jawab apa. Lepas ni kalau orang tanya nak cakap x jumpa lagi anak orang kaya yang boleh speedo iols
Quote CiliPadiSedap 10-6-2019 12:36 PM
sista vokuru dan sista dodol gemuk bakal menjejak kaki ke jinjang pelamin

renjis renjis di gilis
bunga rampai di pilis
Quote URUHA 10-6-2019 02:34 PM
Jawapan meols lak :
Kau sponsor la wedding aku. Kalau ko sponsor, hari ni jugak aku kawen

Haaa ada bran?
Quote helicornia 10-6-2019 03:06 PM
aku jawab je nape, makcik nak sponsor lembu ke?terus org tua tu diam ekeke
Quote tagas 10-6-2019 04:01 PM
manjang tanye yg bujang bila nak kawen

tanye la yg da kawen

bila nak bercerai??

leh gitchew
Quote niena90 10-6-2019 04:06 PM
Igt kawin ni mcm beli kepci ke senang2 dapat? Manalah kita tahu bila jodoh tu nak muncul. Mmg la nak kawin tapi calon pun ZERO. hahaha
Quote bakingsoda 10-6-2019 10:55 PM
masih terselamat dari soklan bila nak kawin sbb tiap2 tahun dapat komen "bila nak abis study" walaupon dah 4 tahun grad, "makin tinggi la" walaupon dlm 12 tahun 1-2 cm je naik
Quote MoonRise 11-6-2019 09:20 AM
orang tanya, jawab aje la.
Takde skema jawapan.

Sis kalau orang tanya, sis jawab esok ja.

Alhamdulillah, dah kawen pon.
Quote DaisyD 11-6-2019 11:39 AM
Tanya soalan tu takpe lagi, lepastu siap bandingkan orang tu dah kahwin siap beranak dah kau ni taknak kahwin. Ehhhh....
Quote RatuDunia94 11-6-2019 12:43 PM
Iols ok je dgn sedara2 yg suka tanya itu ini.m asalkan xde soalan susulan..
Just tanya sekadar membuka bicara..

Contohnya..

"Kamu bila nk kahwin? Dah ada calon ke?"

Then iols jawab je la belum ada jodoh lg..

Then terus sembang benda lain..

Ni tak tanya lagi.  Kenapa x cari calon? Umur makin tua. Tengoj anak makcik bla bla bla....
Quote dekmieDandy 11-6-2019 03:58 PM
first time rasanya raya tak dapat soalan ni

semua pakat dok tanya cuti sampai bila  
Quote mieymiey 11-6-2019 04:03 PM
dekmieDandy replied at 11-6-2019 03:58 PM
first time rasanya raya tak dapat soalan ni

semua pakat dok tanya cuti sampai bila

Kan? Iols tahun lepas, meriah dengan soalan jodoh.
Tahun ni, soalan 'cuti sampai bila?' menjuarai carta.
Quote insulin 11-6-2019 04:09 PM
Adik aku pandai pula menjawap. Pakcik dia tanya dia bila pakcik boleh makan nasi minyak. Adik aku jawap " Pakcik kena sabar. Nasi minyak kita masih belum masak lagi". Semua yang ada kat situ gelak je.
Quote ardent91 7-5-2020 04:58 PM
Aku kalo org tu tanya sekali jer x keysah sgat tp ni berkali2 tanya tu rasa mcm nk hempok je kepala tukang tanya berkali2...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.336896 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top