Kalau dilihat disini, tiga gergasi teknologi seperti Apple (Siri), Amazon's smart assistant (Alexa) dan Google Assistant menggunakan suara wanita. Tetapi, persoalannya kenapa bukan suara lelaki?
Memetik The Star, pakar kajian bunyi dari Universiti Copenhagen, Holger Schulz berkata, pembantu suara adalah Maid Servant pada ketika ini. Siri bukanlah seorang wanita, tetapi beliau melabelkan dirinya sendiri sebagai GENDERLESS. Namun, berbeza dengan Alexa yang menganggap dirinya seorang "wanita". "Jangan tertipu dengan suara saya. Saya tidak ada jantina," jawab Siri apabila ditanya sama ada ia lelaki atau wanita. Ada kaji selidik mengatakan dengan menggunakan suara wanita dilihat lebih menyenangkan dan mesra mesra berbanding suara lelaki.
Ada juga yang membantah kerana generasi Z kini dibesarkan dengan pembantu suara dan sedikit sebanyak ia mempengaruhi norma sosial masyarakat terhadap peranan jantina dalam melakukan sesuatu perbuatan atau pekerjaan. Mereka menganggap ia adalah satu bentuk diskriminasi jantina. Judith Meinshaefer, salah seorang profesor Gallo-Romance linguistic dari Free University of Berlin menerangkan, suara wanita lebih mudah difahami berbanding lelaki. Ini kerana peti suara wanita bergertar lebih laju dan menghasilkan bunyi dengan frekuensi resonan yang tinggi. Meinshaefer juga percaya, kebanyakan teknologi pembantu suara cenderung menggunakan suara wanita disebabkan golongan lelaki yang mempelopori pembinaan sistem komputer melihat wanita sebagai pembantu yang baik. - CARI
|
shernazz replied at 11-6-2019 02:00 PM
Guna sora sajat.kang
Twrlentang ke belakang sampai seminggu...
artcrime replied at 11-6-2019 02:15 PM
suara yang mana satu?
shernazz replied at 11-6-2019 02:41 PM
Ssora dia tengah marah
Hahahahahaha
ADVERTISEMENT