CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Adab, Peraturan Dan Larangan Yang Patut Anda Tahu Ketika Menziarahi Kubur

3-6-2019 09:43 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4175| Komen: 2|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Perkongsian oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Umat Islam sangat digalakkan menziarahi kubur bagi mengingatkan mereka tentang kematian (gambar hiasan). Kredit foto: UlamaSedunia.org

Amalan menziarahi kubur insan-insan tersayang yang telah meninggal dunia menjadi satu kelaziman bagi umat Islam di negara ini selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Merujuk kepada laman sesawang E-Pusara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), terdapat adab dan peraturan mengikut turutan yang perlu dipatuhi oleh mereka yang ingin menziarahi kubur:

1. Bersih daripada hadas dan disunatkan berwuduk.

2. Disunatkan memberi salam secara umum kepada semua ahli kubur serta mendoakan mereka beroleh rahmat daripada Allah SWT dan kesejahteraa.


3. Apabila sampai di kubur kaum keluarga atau kenalan, hendaklah berdiri rapat di tepi kubur dengan menghadap muka si mati serta sambil memberi salam secara khusus kepada arwah.

4. Disunatkan membaca ayat-ayat suci al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada arwah.

5. Menghadap kiblat dan berdoa semoga Allah mengampuni dosa arwah dan melimpahkan rahmat ke atas rohnya.

Disunatkan berdoa untuk arwah sambil menghadap kiblat (gambar hiasan). Kredit foto: Radarislam.com
Bagi menghormati arwah, terdapat beberapa larangan yang wajib dihindarkan semasa menziarahi kubur iaitu:

1. Duduk di atas kubur.

2. Berjalan di sela-sela kubur dengan memakai alas kaki kecuali jika ada sesuatu yang membahayakan seperti duri.

3. Meletakkan karangan bunga atau bunga rampai kerana perbuatan ini tidak disyariatkan dalam Islam serta tiada nas daripada Rasulullah SAW dan tidak dilakukan oleh para sahabat radiallahu anhuma.

Perbuatan meletakkan karangan bunga di kuburan tidak disyariatkan dalam Islam (gambar hiasan). Kredit foto: Colourbox.com
Wajar juga mereka yang ingin menziarahi kubur menjaga tertib seperti berpakaian sopan serta menutup aurat selain tidak membuat bising, berbual tentang hal-hal keduniaan dan asyik berswafoto di kawasan pusara. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote armin 3-6-2019 11:39 AM
Baby tak blh bwk kn.. laki kena tunggu dlm kereta pegang baby iols nk ziarah mak.. nak tunjuk cucu baru kt nenek dia
Quote Ina8895 10-7-2019 02:20 AM
Tengok ramai je yang selamba duduk atas kubur

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.067359 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top