Kumpulan Hijjaz cuba tampil dengan kelainan iaitu mempertaruhkan lagu nasyid dengan irama rap untuk menarik golongan muda dalam dakwah mereka. Salah seorang ahlinya, Munif Ahmad berkata, pendekatan itu bukanlah tidak laku, sebaliknya diolah dengan unsur kontemporari selaras dengan selera masa kini. "Bukan tak laku, masih ada peminat yang mendengar lagu-lagu nasyid. "Cuma, apabila sudah berusia saya rasakan Hijjaz perlu memberi idea baru untuk pendengar lebih muda", katanya seperti dipetik daripada MalaysiaKini. Hijjaz baru saja melancarkan single baru iaitu Lafaz Salam yang menampilkan Jeff A to Z untuk rap dalam lagu tersebut.
Munif mengakui dia bimbang terhadap reaksi yang akan diberikan oleh pendengar dan ia menghantui fikiran mereka. "Mula-mula kita rasa takut dengan penerimaan pendengar sebab kami tidak pernah ada irama rap dalam lagu kami sebelum ini. "Tetapi, kami mahu cuba juga sebab sebelum ini pernah menjalinkan dengan irama lain bersama artis lain, nanti tak banyak perbezaan," katanya. Bagaimanapun, Munif menambah mereka cuba bersikap positif apabila peminat mula meminati lagu-lagu Hijjaz yang turut dianggotai oleh Isman Nadim Isam, Mohd Faizal Osman dan Muhammad Ariffin Ahmad Rahim selepas mereka menyertai Gema Gegar Vaganza 2017 dan mendapat tempat kedua. Sementara itu, menurut Isman, irama rap banyak mesej dan liriknya tidak berulang-ulang. "Gabungan rap dan nasyid saya rasakan ianya bagus sebab kita banyakkan mesej, rap ini tidak berulang-ulang", katanya. Apa pendapat anda bila kumpulan nasyid memasukkan elemen rap dalam lagu mereka? Dengar dulu baru komen okey? - CARI
|
ADVERTISEMENT