View: 1865|Reply: 4
|
Hijjaz Mempertaruhkan Lagu Nasyid Dengan Suntikan Irama Rap
[Copy link]
|
|
Kumpulan Hijjaz cuba tampil dengan kelainan iaitu mempertaruhkan lagu nasyid dengan irama rap untuk menarik golongan muda dalam dakwah mereka.
Salah seorang ahlinya, Munif Ahmad berkata, pendekatan itu bukanlah tidak laku, sebaliknya diolah dengan unsur kontemporari selaras dengan selera masa kini.
"Bukan tak laku, masih ada peminat yang mendengar lagu-lagu nasyid.
"Cuma, apabila sudah berusia saya rasakan Hijjaz perlu memberi idea baru untuk pendengar lebih muda", katanya seperti dipetik daripada MalaysiaKini.
Hijjaz baru saja melancarkan single baru iaitu Lafaz Salam yang menampilkan Jeff A to Z untuk rap dalam lagu tersebut.
Munif mengakui dia bimbang terhadap reaksi yang akan diberikan oleh pendengar dan ia menghantui fikiran mereka.
"Mula-mula kita rasa takut dengan penerimaan pendengar sebab kami tidak pernah ada irama rap dalam lagu kami sebelum ini.
"Tetapi, kami mahu cuba juga sebab sebelum ini pernah menjalinkan dengan irama lain bersama artis lain, nanti tak banyak perbezaan," katanya.
Foto: MalaysiaKini
Bagaimanapun, Munif menambah mereka cuba bersikap positif apabila peminat mula meminati lagu-lagu Hijjaz yang turut dianggotai oleh Isman Nadim Isam, Mohd Faizal Osman dan Muhammad Ariffin Ahmad Rahim selepas mereka menyertai Gema Gegar Vaganza 2017 dan mendapat tempat kedua.
Sementara itu, menurut Isman, irama rap banyak mesej dan liriknya tidak berulang-ulang.
"Gabungan rap dan nasyid saya rasakan ianya bagus sebab kita banyakkan mesej, rap ini tidak berulang-ulang", katanya.
Apa pendapat anda bila kumpulan nasyid memasukkan elemen rap dalam lagu mereka? Dengar dulu baru komen okey? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagus la dh ada pembaharuan dlm nasyid, takde la mengatuk aku dgr |
|
|
|
|
|
|
|
I dengar jah lagu nasyid, asalkan tak sumbang. Hijjaz ni lagu2 dia sedap2. Ditambah suara munif. |
|
|
|
|
|
|
|
nak dengar lagu nasyid terkini. tapi dia macam x berapa viral jadi x berapa tahu.. mcm tuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
part rap tu
kenapa xajk malique ke
joe ke
sona one ke
sape lg rapper yg femes skrg ni?
br lh up to date
anyway...klu sedap mcmn pun insya allah org suka dan layan je
for me, muniff adlh vokalis terbaik dlm genre nasyid
|
|
|
|
|
|
|
| |
|