CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pedofilia Kenyang Sebulan 'Makan' Budak 8 Tahun

3-5-2019 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7817| Komen: 49

Lelaki berusia 59 tahun umpan seorang kanak-kanak perempuan dengan belanja makan dan membelikan mainan sebelum memperkosa mangsa.

Memetik Harian Metro, perbuatan jijik suspek dilakukan beberapa kali sejak sebulan lalu terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibunya.



Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan kejadian dan berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 38 tahun.

Ibu mangsa yang juga tukang cuci mendakwa, anaknya berusia lapan tahun dicabul rakan serumah mereka jam 8.40 malam, pada Isnin lalu.

“Kejadian itu diceritakan anak perempuan pengadu di rumah mereka di Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai, Gelang Patah jam 3.30 petang, Selasa lalu,” katanya.

Mangsa mendakwa, dia dibawa pedofilia berkenaan ke sebuah tandas di restoran mamak berhampiran rumah mereka untuk melampiaskan nafsunya.


Selain memegang kemaluan mangsa, lelaki terbabit turut memperkosa kanak-kanak itu di lokasi sama.

Difahamkan, ibu mangsa mula mengesan perubahan sikap anaknya sebelum perbuatan jijik rakan serumahnya terbongkar, lalu membuat laporan polis.

Suspek kemudian ditangkap di  tepi jalan Jalan Bahagia, Lima Kedai, Gelang Patah, jam 2.30 petang, kelmarin.

Menurut laporan, suspek memberi sewa kediaman kepada penyewa lain termasuk bilik dihuni mangsa serta lima ahli keluarganya, sementara dia tinggal di ruang tamu rumah itu. - CARI
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 3-5-2019 02:56 PM
awat la keji2 sgt erangai jantan2 lahanat ni....

bongokkkk betullll....

ni elok di potong jek anu nya...biar x dapat mengawan dah...

Quote dua_chzy 3-5-2019 02:57 PM
Akak tak suka tajuk ko. Rempit sangat. Makan? Wtf?
Quote bezita60 3-5-2019 03:08 PM
Mcmne boleh sewakan rumah, tuan rumah tido di ruang tamu?

Kenapa percaya lelaki asing bila anda ada anak perempuan kecil?
Quote sfrnna 3-5-2019 03:10 PM
Kenapa la ibu dia sewa bilik kat rumah sendiri dekat lelaki dah tahu ada anak perempuan kat rumah? Nak sewa pun dekat perempuan bujang okay lg itupun kalau dia janda. Skrg habis budak tu mesti trauma
Quote farlis 3-5-2019 03:14 PM
Baru je hubby i ckp smlm, pedofilia ni apa bangang sgt nk pi rogol bdk kecik?? Kalo dh tak thn sgt, baik ko cari pompuan lorong la puii... Untung2 dpt pakej hiv sekali
Quote Mierafaziera 3-5-2019 03:14 PM
*&*(&^%#@!_+)":>::!&&***
Quote JunkMail 3-5-2019 03:21 PM
farlis replied at 3-5-2019 03:14 PM
Baru je hubby i ckp smlm, pedofilia ni apa bangang sgt nk pi rogol bdk kecik?? Kalo dh tak thn sgt,  ...

Kau suami isteri kena faham konsep pedofilia tu ialah dia bernafsu dengan kanak2..bukan org dewasa. Kalau ikut konsep asal berlubang memang lah dia boleh je langgan pompuan lorong. Tapi dia pedo...nafsu kat kanak2.
Quote JunkMail 3-5-2019 03:22 PM
sfrnna replied at 3-5-2019 03:10 PM
Kenapa la ibu dia sewa bilik kat rumah sendiri dekat lelaki dah tahu ada anak perempuan kat rumah? N ...

Ibu tu sewa bilik dengan perogol tu..bukan dia menyewakan bilik kepada perogol. Perogol stay kat ruang tamu, sementara bilik2 dirumahnya disewakan.
Quote saviour_09 3-5-2019 03:22 PM
kenapa makan?

Quote clarizsa 3-5-2019 03:23 PM
Kesiannya miskin smpai terpaksa serumah dgn jantan tak guna ni

Mmg malang nasib budak tu
Mak nya penat keje smpai tak perasan, mujur last2 sedar juga

Kesian la kat anak beranak ni
Haih
Quote clarizsa 3-5-2019 03:25 PM
sfrnna replied at 3-5-2019 03:10 PM
Kenapa la ibu dia sewa bilik kat rumah sendiri dekat lelaki dah tahu ada anak perempuan kat rumah? N ...

Laki sial tu tuan rumah
Ppuan tu miskin sewa bilik kat rumah lelaki sial tu

Baca betul2
Quote sfrnna 3-5-2019 03:25 PM
JunkMail replied at 3-5-2019 03:22 PM
Ibu tu sewa bilik dengan perogol tu..bukan dia menyewakan bilik kepada perogol. Perogol stay kat r ...

Ouh gitu. Sorry salah paham story pulak.
Quote clarizsa 3-5-2019 03:26 PM
farlis replied at 3-5-2019 03:14 PM
Baru je hubby i ckp smlm, pedofilia ni apa bangang sgt nk pi rogol bdk kecik?? Kalo dh tak thn sgt,  ...

Fahamkan konsep pedo dulu

Setakat ppuan lorong tu org dh tau

Pedo ni paling celaka punya manusia
Quote fff_cat 3-5-2019 03:26 PM
Gigih jantan setan duduk kat ruang tamu semata2 nak duit.. dapat budak lagi. Harap kena bedal kat penjara nanti.
Quote farlis 3-5-2019 03:30 PM
Edited by farlis at 3-5-2019 03:33 PM
clarizsa replied at 3-5-2019 03:26 PM
Fahamkan konsep pedo dulu

Setakat ppuan lorong tu org dh tau


Sometimes ini bkn pedo, tp tangkap muat ja.. Cuma mangsa dia bdk pompuan... So blh terus cop dia pedo???? Ada brp org bdk perempuan yg dh jd mangsa dia???

Betul, pedo ni mmg org paling lahanat.. Kejii
Quote beloomberk 3-5-2019 03:33 PM
Setiap kali aku baca berita psal pedo..aku jadi marah sgt2!! Memang celaka la pedo2 ni smua.@$!?#"!!!!..aku btooll2 harap nasib kanak2 kat malaysia ni terbela n kebajikan dorg btol2 dijaga..
Quote slavehunter 3-5-2019 03:34 PM
Emak2 tolong la jangan serumah dengan stranger. Kalau tak mampu bayar sewa penuh cari lah rakan serumah perempuan.
Quote adila39 3-5-2019 03:40 PM
apalah tajuk mcm ni. x respect lgsg situasi yg budak tu kena. be courteous la...
Quote namieamuro 3-5-2019 03:46 PM
berite ni sgt keji celaka punye tahap..tp kenapa tuan tanah pun same keji buat tajuk keji mcm tu?

i doa golongan paedo mati dlm keadaan hina sehinanye..keji sekejinye paedo ni..i malas nk keji emak die..sdgkan dlm keluarge sendiri pun kau kene hati2 ini kan stranger..tlg la jkm angkut bdk ni..

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.049172 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top