Seorang budak enam tahun terpaksa menahan sakit hampi 30 minit akibat kakinya tersepit pada eskalator. Harian Metro melaporkan kejadian berklaku di pusat beli belah di Seri Kembangan.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang berkata, pihaknya menerima aduan pada jam 5.34 petang. “Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota BBP Serdang dikerahkan ke lokasi bagi membantu mangsa. “Anggota berjaya mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas." Mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan daripada Hospital Serdang. -CARI |
ADVERTISEMENT