BUDAK lelaki berusia enam tahun terpaksa menahan sakit hampir setengah jam apabila kaki kanannya tersepit pada eskalator di pusat beli belah di Seri Kembangan, semalam.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian yang berlaku di tingkat dua pusat beli belah terbabit pada 5.34 petang.
“Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota BBP Serdang dikerahkan ke lokasi bagi membantu mangsa.
“Anggota berjaya mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, mangsa yang cedera diserahkan kepada pasukan perubatan daripada Hospital Serdang yang turut berada di lokasi untuk rawatan lanjut.
ANGGOTA bomba membantu menyelamatkan budak lelaki berusia enam tahun yang tersepit di eskalator. FOTO Ihsan Pembaca
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2019 @ 9:52 PM
Post time 29-4-2019 06:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kesiannya tersepit kakai, iols anak masih kecil memamg suruh husband dukung bila naik lif atau eskalator. pintu auto pun bahaya takleh detect budak2. banyak dah kes kadang orang tua pun pandai tersepit
Post time 29-4-2019 07:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dekat the mines kan.. katanya kaki budak nie hampir sangat dekat celah escalator tue.. yg ade bulu2 tue.. bahaya kalau ke tepi sgt.. iolss baca komen kat fb sampai namoak tulang.. adoi.. skeri..
Satu lagi yang bahaya tempat landing before dan selepas naik escalator, ini peringatan bukan dekat kids sahaja tapi orang dewasa. Kalau rasa2 penutup tu macam tak kemas/nak tanggal, hati hati berpijak. Kalau masuk dalam tu, macam daging kena grinder kau.
Post time 30-4-2019 06:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ngeri aje..dah tak psl2 hancur kaki..parents kena aware laa anak2 tu bila naik escalator,jgn asyik main fon je..sad truth,aiolzs perati je parents y bwk anak2 ke mall ni,kdg2 anaak tu duk main turun naik escalator,parents ngn fon..
Aiolzs is sedih..{:cryrun semoga adik ni cpt sembuh,next time hati2..parents tlg bg awareness kt anak2 jgk,walau senakal mana pn anak..lg kena perhatikn..