CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kau Pegang Kunci Masjid Je, Bukan Kunci Syurga" - Gadis Dikecam Sebar Kebencian

22-4-2019 03:11 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6500| Komen: 23|Original author: Oleh: LilRose

Dalam keadaan emosi tidak terkawal, kita gemar mendekati sosial media kononnya untuk meluah perasaan dan mengadu. Kerana marah yang sekejap, habis satu dunia kita canang kesilapan orang lain.

Seorang pengguna Twitter baru-baru ini mencetuskan rasa kurang senang netizen apabila dia mendedahkan gambar seorang pemegang kunci masjid yang menurutnya 'tidak menyempat' mahu mengunci pagar masjid sedangkan dia dan rakannya masih belum selesai solat.



Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Masjid Al Muttaqin Taman Meru, Ipoh itu, berlaku adegan jerit-menjerit dan pertengkaran kecil antara mereka.


"Kau pegang kunci masjid je, bukan kunci syurga"



Ramai netizen berkongsi perasaan tidak puas hati terhadap pakcik terbabit. Menurut mereka, setiap masjid tidak sepatutnya ditutup dan dikunci kerana ia hanya akan menyusahkan orang untuk beribadat terutama musafir.

Mereka juga menuduh kebanyakan ahli jawatankuasa masjid hari ini semakin sombong.



Bagaimanapun, ramai lagi yang kurang bersetuju dengan tindakan gadis itu mengaibkan pakcik berkenaan dengan mengambil dan menyebarkan gambarnya di laman sosial.

Malah, mereka menyifatkan tindakan gadis terbabit dan kawan-kawannya sebagai biadab.

Dalam masa sama, ada yang berpesan supaya tidak menjadikan situasi seumpama itu sebagai asbab untuk anak muda 'malu-malu' untuk mendekatkan diri dengan masjid.


Kredit foto: Twitter

Menyesal dahulu pendapatan. Jangan sampai kerana amarah menguasai diri, kelak menyesal di kemudian hari. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • kroit92

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 22-4-2019 03:29 PM
Pakcik tu nk balik cepat sbb Anugerah Meletop dah start.. ko ni x paham2.. kan pakik tu dah terlepas aksi Neelopak menari di awal rancangan..
Quote munchkin 22-4-2019 03:29 PM
Hmmmmmmmm

Hmmmmmmm

Quote vee_zara 22-4-2019 03:56 PM
Baca sekali imbas pun dah tahu pompuan ni jenis kurang ajar. I kurg ajar pun tak sampai tahap nak jerit balik kat pkcik atau bahasakan aku kau kat pkcik even waktu bercerita pun. Whatevaa laa mmg skrg ni masjid org kunci awal sbb takut ada org buat maksiat dlm tu n ada byk sebab lain. Lps isyak i sarankan jgn la p masjid utk solat ke or tumpang toilet.  Seeloknya kalau tak nak jd mcm ni sebelum isyak la seeloknya nak solat kat masjid. Mmg ada pesen mcm ni nak lock cpt2 lg2 area kg or perumahan.
Quote kucingitam 22-4-2019 03:59 PM
kalau tak kunci sejid, nanti ada yang masuk letak patung tokong, kau juga yang melantun2 marah, takbir bagai. pastu bertelagah tuduh2 dap punya salah..aduhai..serba salah la ajak sejid cenggini..
Quote Lagubestbest 22-4-2019 04:00 PM
Dah amek wuduk kan? Alah.. amek sejadah hampar solat kat luar pagar masjid je.
Quote eizarz 22-4-2019 04:10 PM
solat isyak kat rumah je la..
Quote HujanBatuTiga 22-4-2019 04:32 PM
Semua benda nk viral... dpt apa? Bangga bila ramai yg join kau maki pakcik tu?
Quote palmolive 22-4-2019 05:03 PM
lebih pada waktu isyak mmg la masjid2 akan dikunci..
kecuali masjid di kelantan..siap boleh baring atas karpet lg..
Quote LolaRosa 22-4-2019 05:15 PM
Benda gini pon nak viral. Move on jelaaa. Org tua tu, ko buat bodo je la.  Jgn la simpan dlm hati.
Quote aleesyasofia 22-4-2019 05:52 PM
iolss nie pon jenis cpt mrh dan emosi juga.. tp idok ler gigih nk up status bagai.. paling teruk pun iolss post quotes jer.. kosser lah nk meluahkan perasaan kt media sosial..
Quote mialunar 22-4-2019 06:00 PM
Budak2 sekarang ni sume nak viral..pakcik tu baya2 ayah jew.. itu pun nak kurang ajar ...adab kat mana
Quote felinecat 22-4-2019 06:35 PM
budak2 la ni ramai yg kurang ajar, reality generasi sekarg, rasa diri tu betul saje
Quote kaz2y5 22-4-2019 06:57 PM
nak bercerita tak puas hati tak salah. tapi siap tangkap gamba bagai? ingat tak ada orang yang boleh cam pakcik tu?

apa la perasaan dia kalau gamba mak bapak sendiri di viralkan orang? ke memang tak ada mak bapak?

Quote matchstick 22-4-2019 09:14 PM
Siap post dgn gmbr pakcik tu sekali dh sah2 lah budak ni berniat nk ajak org kutuk pakcik tu beramai2. Kalau setakat nk sampaikan mesej supaya ajk2 masjid yg lain berlemah lembut dan bersabar tunggu org habis solat, xperlu pun ko sebarkan gmbr pakcik tu sbg bukti ke hape..ni bukan kesah hasanah pun yg perlukan bukti yg nyata{:smile
Quote mbhcsf 22-4-2019 10:14 PM
oh dalam ini i suka masjid regent  mosque NW1 dah dicakapkan  yg masjid dibuka bila dan ditutup 20 mins lepas isyak.
Quote sfrnna 22-4-2019 10:43 PM
Benda macam ni pun nak viral.
Quote batu kikir 22-4-2019 11:12 PM
Masjid yang macam ni perlu di TUTUP aje.
Atau setidak-tidaknya AJK diganti.
Fungsi masjid sudah tiada.
Quote shernazz 23-4-2019 06:53 AM
Pakcik ni x sabar jumpa.bini kat umah ke?
Mostly pakcik pakcik tok.siak kat taman atau kampung ni..depa akan inform kita yang jap.lg nak kuunci..jadi kita boleh solat dolu n xde la nak santai santai bagai..trus keluar..

Iols xdpt.tgk.video tu..jadi iols xtau apa masalah
Quote rosasen 23-4-2019 09:48 AM
dah mmg pakcik ni salah..org tgh solat lagi nk kunci masjid...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.078631 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top