CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Penggiat, Peminat Kartun Tempatan Kecewa Anjur Pameran Lukisan Bertema Doraemon

24-4-2019 10:52 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4370| Komen: 9|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Hasrat Balai Seni Visual Negara untuk menganjurkan pameran lukisan bertemakan siri animasi popular dari Jepun, Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dipersoalkan peminat kartun tempatan.
Kredit foto: Carian Google


Hasrat Balai Seni Visual Negara untuk menganjurkan pameran lukisan bertemakan siri animasi popular dari Jepun, Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dipersoalkan peminat kartun tempatan.

Rata-rata mereka hairan mengapa karya asing yang diketengahkan sebagai daya tarikan pelancong ke negara ini sedangkan masih banyak kartun tempatan yang sepatutnya diberi keutamaan.

Memetik laporan BH Online, Pengerusi Balai Seni Visual Negara, Datuk Rashidi Hasbullah berkata, pameran bertemakan Doraemon itu secara tidak langsung mampu menarik kunjungan pelancong asing ke Malaysia.

Netizen seterusnya berkongsi kekecewaan yang diluahkan pengendali laman Facebook Dunia Kartun Lat yang menganggap kenyataan itu sebagai sedih dan memilukan. 



Kredit foto: Facebook

Walaupun ramai netizen menyatakan mereka meminati Doraemon, watak animasi itu dianggap tidak mewakili identiti Malaysia jika dibandingkan dengan kartun The Kampung Boy yang dihasilkan kartunis terkenal, Datuk Lat.

Malah, mereka berpandangan pameran sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 itu sepatutnya digunakan untuk mempromosikan penggiat dalam dunia kartun dan animasi tempatan.

Kredit foto: Facebook

Namun, ada juga yang berpandangan mungkin berlaku salah faham ekoran laporan media yang memberi tumpuan kepada pengumuman mengenai pameran bertemakan Doraemon.


Kredit foto: Facebook

Elok juga kalau Balai Seni Visual Negara memberi penjelasan lanjut tentang isu ini bagi mengelakkan berlaku salah faham dan kekeliruan dalam kalangan penggiat serta peminat kartun tempatan. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bawangkecik 24-4-2019 11:51 AM
dasar pandang ke timur kot bak kata tok det
Quote ais_kosong 24-4-2019 11:53 AM
Tahun melawat malaysia ke tahun melawat jepun ni.
kenapa pilih doraemon?
Quote harisbee 24-4-2019 11:54 AM
sempena nobita pun dah ada siap2 kat MOF...
Quote xoic726 24-4-2019 11:55 AM
ais_kosong replied at 24-4-2019 11:53 AM
Tahun melawat malaysia ke tahun melawat jepun ni.
kenapa pilih doraemon?

sebab ada Nobita dan Giant dekat sini...
Quote hussaini4675 24-4-2019 12:01 PM
Nobita malaysia yang bagi cadangan kot. Tolong kroni
Quote dekmieDandy 24-4-2019 12:08 PM
MOTAC dah cakap dia xde kaitan kan ... ni just penganjur event ni sendiri yang sebut
Quote mieymiey 24-4-2019 12:15 PM
Bukan isu minat atau tak minat, tapi Tahun Melawat Malaysia tetiba Doraemon??
Quote Artemesiaa 24-4-2019 12:18 PM
Orang luar kalau datang pun pastinya lebih tertarik nak tengok product tempatan kalau sama je macam yang ada di negara mereka buat apa
Quote creep_bite 24-4-2019 12:35 PM
Ni semua nk bodek che det... Pengkagum Jepun...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.108327 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top