CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu Upah Orang Bunuh Budak Lelaki 10 Tahun Yang Pernah Dicabulnya

22-4-2019 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2490| Komen: 6

Description: Seorang guru positif HIV dari Missouri didakwa mengupah pembunuh upahan untuk membunuh budak lelaki berusia 10 tahun yang dicabulnya.
Seorang guru positif HIV dari Missouri didakwa mengupah pembunuh upahan untuk membunuh budak lelaki berusia 10 tahun yang dicabulnya.

Deonte Taylor, 36, dan pasangannya, Michael Johnson, 66, turut dikatakan merancang untuk membunuh ibu mangsa bagi menghalang mereka daripada memberi keterangan.



Deonte Taylor

Taylor dan kekasihnya bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas tiga pertuduhan liwat di mahkamah St. Louis pada Rabu, lapor KSDK.

Menurut fakta kes, pada 2015, lelaki itu didakwa mengambil mangsa yang ketika kejadian berusia tujuh tahun dari kelasnya di sebuah sekolah rendah tempat dia bekerja sebagai pembantu guru.

Tertuduh dikatakan membawa mangsa ke sebuah bilik di mana dia melakukan seks oral terhadap kanak-kanak terbabit.



Berikutan kejadian, mangsa terus membuat laporan polis, namun siasatan tergendala selepas detektif yang menyiasat mengenai kes itu meninggalkan jabatannya dan tuduhan ke atas penyerang tidak difailkan segera.

New York Post melaporkan, Taylor ditahan pada November 2018 selepas ujian mendapati DNAnya padan dengan sampel yang ditemui pada tubuh bekas pelajarnya itu.

Pada Februari lalu, Taylor meminta rakan banduannya yang bakal dibebaskan tidak lama lagi untuk membunuh dua beranak itu dan memujuk teman lelakinya untuk membayar upah berkenaan.


Michael Johnson
Kredit foto: MYDRIM JONES

Difahamkan, Johnson sudah membayar upah berkenaan, namun lelaki terbabit sebaliknya melaporkan kejadian kepada polis.

Taylor dan Johnson didakwa dengan dua tuduhan konspirasi untuk melakukan pembunuhan dan dua tuduhan mencuba untuk mengganggu mangsa. - CARI
3

Bagus
4

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 22-4-2019 01:19 PM
Padan muka.....

Dari penjara pun jahat mcm setan....
Nasib baik budak tu selamat....
Tahniah banduan yg baru kuar penjara tu....
Quote chicozinn 22-4-2019 01:52 PM
bodo nakharam gay ni..da ade pasangan pun still nak molest budak..punah masa depan budak tu sebab kecelaruan seksualiti korang tu tau..hanjeeenngg!!!
Quote ais_kosong 22-4-2019 02:43 PM
jahatnya perangai...
Quote Burong_Hantuk 22-4-2019 02:56 PM
kurang ajar punya lelaki.
Quote ikanmasin 22-4-2019 02:57 PM
bijak banduan yg baru keluar tu.mendapat lah lg dok lama dlm penjara tu
Quote aHoi83 22-4-2019 03:00 PM
Naseb baik rakan dia berpaling tadah. Celaka betul org mcm ni.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.042705 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top