CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bayar RM3 Kalau Tak Nak Bagasi Dilarikan!" - Teksi Terkotor Abad Ini Dipenuhi Sampah

11-4-2019 01:39 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5880| Komen: 30|Original author: Oleh: LilRose

Siapa saja tidak kecewa apabila menggunakan perkhidmatan berbayar, tetapi servis kurang memuaskan.

Baru-baru ini, seorang pengguna facebook meluahkan rasa kecewanya berhubung perkhidmatan teksi terburuk pernah dilihat orang ramai. Sudahlah kenderaan dipenuhi sampah-sarap, pemandunya pula bersikap biadab!


Menurut Siti Hajar Azmi, kejadian berlaku di Sri Pernama, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur pada Selasa dan dia sudahpun melaporkan mengenai kejadian kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).



Kredit foto:


Lihatlah keadaan di dalam teksi berkenaan, seperti tongkang pecah!







Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Merosakkan imej pemandu teksi saja!



Pun begitu, masih ada segelintir pihak bersangka baik mendakwa pemandu terbabit berkemungkinan mengumpul kesemua sampah itu untuk dikitar semula.



Dalam masa sama, ada pihak mengkritik wanita terbabit kerana berkira untuk membayar RM3 bagi membatalkan perjalanan walaupun dia sudah menjelaskan situasi sebenar.

"Disebabkan nak cepat, aku pun naik je"


Kredit foto: Facebook

Bagaimanapun, hasil tinjauan di FB mendapati posting berkenaan dipercayai sudah dipadam pemiliknya.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sikap segelintir pemandu teksi yang tidak semenggah inilah yang sering membuatkan orang ramai lebih memilih untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing Grab. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 11-4-2019 01:50 PM
Ya amponnnnn... kalau iols jd iols sindir je driver teksi tu.. "maaf sy nk batalkan trip sbb tersalah tahan. Dr jauh td ingatkan teksi dah dekat rupanya lori sampah"
Quote saviour_09 11-4-2019 01:58 PM
pengotor namampooosss!
Quote Leeanne88 11-4-2019 02:07 PM
Sesetengah driver teksi memang suka maki orang. Tapi tu melampau sangat tu sampah dalam teksi dia
Quote DayangKirana 11-4-2019 02:22 PM
netizen yang maki suruh dia bayar jer RM3 tu serius memang bahalol..
bukan she call that taxi pon.
Dah memang taxi tu terpacak ade kat situ. He has no right to demand her money!

Dah banyak kali terkena, iols sendiri dah lama boikot taxi.
Grab kan ade.
Quote twinkleboo 11-4-2019 02:26 PM
Pengotornya!
Quote missinpiece 11-4-2019 02:27 PM
Ammaaaa
Pengsan tgk bonet
Quote missinpiece 11-4-2019 02:27 PM
Ammaaaa
Dalam lagi la
Quote sfrnna 11-4-2019 02:28 PM
Ewww gelinya! Kadang2 Kita x ambil grab sebab kesian tgk diorg sehari berapa trip la sangat, sewa lg. Tp sebab sekor dua pemandu perangai macam ni terus tak rasa nak kesian dah. Jgn bising kenapa org naik grab!
Quote aderaderker 11-4-2019 02:46 PM
Macam biasa, ada komen yg victim-blaming.
Typical Malaysian.


Quote Ladybird910 11-4-2019 03:03 PM
RatuDunia94: Ya amponnnnn... kalau iols jd iols sindir je driver teksi tu.. "maaf sy nk batalkan trip sbb tersalah tahan. Dr jauh td ingatkan teksi dah dekat rup ...

{:laugh{:laugh{:laugh
Quote Ladybird910 11-4-2019 03:04 PM
aku rasa dia tinggal dlm teksi tu.. sebab tu byk sampah.. penumpang normally jarang byk2 sampah masa naik.. And mungkin dia jenis xbuang kat luar cm sesetengah driver lain.. Sbb nk recycle so dia kumpul la kt dlm bonet tu.. {:handsome
Quote riyadhK 11-4-2019 03:10 PM
Eh dah kenapa ada netizen bodoh Sgt suruh bayar rm3 tu.
Quote makkenits 11-4-2019 03:18 PM
and yet the taxi drivers wonder why people prefer grab or conventional taxi??  setakat dok naik grab ni, belum pernah aku naik grab yg kotor.. sekali tu ada la bau skit tp driver pun dah minat maaf awal2 sbb katanya semlm dia amik penumpang yg tgh mabuk..  bukan amik kat kelab pun, tp kat kawasan perumahan.. parti dlm umah kot yg penumpang tu plak muntah dlm keta dia... dah cuci tp bau still ada lg.. nak marah pun x sampai hati sbb bukan salah dia..
Quote arm_band 11-4-2019 03:37 PM
eh pandai pulak dia biarkan plastic kat driver seat tu, tak nak bagi tempat duduk & headrest dia kotor. passenger seat dia tak dipedulikan pulak
Quote annehuda 11-4-2019 03:39 PM
Aku dulu kalau outstation pakai grab taxi, sbb taxi je bleh claim.  Die mcm biasa la, ada resit taxi.
Cuma aku selalu terkena, kene bayar extra rm2. Tp extra tu takde dlm resit.  Alasan sbb aku pggl taxi. Kalau nk claim tu die kene kuar resit lain plak.
Aku sorg je ke kene mcm ni
Quote prettyuglybabe 11-4-2019 03:40 PM
bodohnya nak sangka baik kumpul sampah..
nak kumpul recycle tak boleh ke masuk plastik ikat elok-elok..
kalau i, tak berani letak kaki kat bawah..
buatnya ada lipas menjalar, mau kepala driver kena kaki
Quote gigahertz 11-4-2019 03:58 PM
i sepanjng 30taun hidup i tak pernah naik teksi. so i tak berani nak komen
Quote missDollie 11-4-2019 04:28 PM
Ya rabbi kotor nak mampos macam mana nak jemput rezeki..macam ada masalah jiwa je taxi driver no..dengan perempuan berani la kan kau kurang ajar..
Quote ayyyyangg 11-4-2019 05:25 PM
Yucks....pengotornya..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.059510 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top