Seorang netizen berkongsi pengalaman pahit berdepan dengan syarikat insurans, baru-baru ini. Menurut wanita itu, Nurul Atiqal, beliau berdepan kerenah birokrasi apabila cuba menggunakan kad perubatan insurans bagi anaknya yang dimasukkan ke hospital dan memerlukan pembedahan kecemasan.
Menceritakan punca masalahnya, Nurul berkata beliau mengambil insurans perubatan untuk keluarganya pada Oktober 2015 dengan bayaran bulanan RM113 bagi polisi anaknya. Bagaimanapun, pada minggu lalu (Jumaat), anaknya dikejarkan ke hospital swasta akibat tersepit jari dan memerlukan pembedahan. Beliau terkejut apabila kad insurans anaknya ditolak kerana bermasalah, menyebabkan beliau menghubungi ejen insurans untuk semakan, tetapi dimaklumkan untuk menunggu waktu pejabat pada Isnin minggu berikutnya. Kerana terdesak, beliau memindahkan anaknya ke hospital kerajaan dan menggunakan wangnya dahulu dengan harapan boleh menuntut kemudian. Setelah mengirimkan email meminta penjelasan dan menuntut pembayaran, beliau dikejutkan dengan maklumat bahawa kad perubatan anaknya telah disekat kerana pernah terlambat membuat pembayaran dua tahun sebelumnya (2017). Beliau kini terpaksa mengeluarkan bayaran tambahan untuk mengaktifkan semula polisi insurans tersebut. Beliau membuat posting kerana kecewa tidak mendapat kerjasama dan maklum balas segera. Katanya, beliau kini trauma dengan mana-mana perkhidmatan insurans. Natizen yang membaca perkongsian itu bersimpati dengan nasib menimpa beliau. Ada juga berkongsi pengalaman sendiri atau saudara-mara yang menjadi 'mangsa kencing' insurans kerana tidak mendapat sebarang pampasan walaupun gigih membayar setiap bulan. 'Jujur saya tidak percayakan insurans lagi kerana pernah ditipu, semua tahi mulut manis,' kata seorang pembaca. 'Kakak saya dah kena, dia dimasukkan di hospital tetapi insurans mengleak untuk membayar, dia dah bertahun-tahun bayar' kongsi seorang lagi netizen. Walau bagaimanapun, ada juga yang menceritakan kebaikan insuran masing masing. 'Tidak semua insurans menipu dan lembab, insurans saya sentiasa cekap memberi respon,' terang seorang netizen. 'Jangan harapkan ejen, bayar secara auto debit supaya tidak disekat, sentiasa semak polisi dan penyata, insurans banyak kelebihannya,' nasihat seorang lagi. Pernahkah mengalami masalah dengan syarikat insurans anda? Dalam kes seperti ini, adakah ianya berpunca daripada kesilapan netizen tersebut? Kongsikan pengalaman dan pendapat anda. - CARI
|
prettyuglybabe replied at 11-4-2019 10:24 AM
bayar lambat pun effect policy ke?
i pernah 2 bulan lambat sebab tak perasan payment reject sebab t ...
Sang_Pencinta replied at 11-4-2019 10:27 AM
Bagus reconfirm dgn ejen balik
prettyuglybabe replied at 11-4-2019 10:24 AM
bayar lambat pun effect policy ke?
i pernah 2 bulan lambat sebab tak perasan payment reject sebab t ...
suiskipas replied at 11-4-2019 10:22 AM
Ejen2 la ni bermasalah. Aku menyampah betul dgn ejen insurans ni. Kalau menganjing kat org yg xde in ...
suiskipas replied at 11-4-2019 10:22 AM
Ejen2 la ni bermasalah. Aku menyampah betul dgn ejen insurans ni. Kalau menganjing kat org yg xde in ...
kucingitam replied at 11-4-2019 11:09 AM
bayar lambat dah kira lapse..kena check dgn ejen untuk pastikan kad sentiasa in force.
kalau ejen ...
nanny_1 replied at 11-4-2019 11:25 AM
iols nak ceritakan pengalaman iols ambik P***** punya insurans
masuk hospital pantai
masa tu excid ...
hyie replied at 11-4-2019 11:47 AM
ekceli masa uols beli insurans, uols dah boleh tanya hospital/klinik panel yang berkenaan. Dalam w ...
prettyuglybabe replied at 11-4-2019 11:36 AM
tak lapsed.. insurance dia ada grace period..
lagi-lagi kalau policy tu dah lama..
hari tu ada c ...
nanny_1 replied at 11-4-2019 11:50 AM
dia sarankan hospital lain
tapi dah itu terdekat dan emergency
iols pergi hospital tu
hyie replied at 11-4-2019 12:07 PM
aah memang tu benda pertama yang diorang kena tanya kat patient uols kalau tak, lagi la dior ...
ADVERTISEMENT