Dua orang adik beradik lelaki kembar seiras di Brazil terpaksa bersama-sama membayar nafkah kepada seorang wanita yang melahirkan anak dengan DNA yang sama dengan mereka.
Hakim Filipe Luis Peruca mengarahkan pasangan kembar itu yang dinamakan Fabricio dan Fernando untuk mengaku siapa di antara mereka menghamilkan wanita tersebut. Apabila kedua-dua menolak untuk bertanggungjawab, ujian DNA telah dibuat ke atas bayi tersebut. Malangnya kedua-dua ujian DNA adalah positif menyebabkan Hakim mengarahkan kedua-dua membayar pampasan yang sama kepada wanita tersebut. Menurut rekod mahkamah, wanita tersebut mengadakan hubungan dengan salah seorang daripada lelaki kembar seiras itu tetapi tidak dapat mengenalpasti yang mana satu. Selepas melahirkan bayinya, wanita itu menuntut nafkah daripada pasangan kembar tersebut tetapi kedua-duanya menolak untuk bertanggungjawab.
Menurut The New York Times, ujian DNA menunjukkan persamaan antara kedua-dua beradik kembar menyebabkan Hakim memutuskan kedua-duanya perlu membayar USD60 dollar (RM250) atau 30% daripada gaji minimum negara itu kepada ibu kanak-kanak tersebut. Kes yang dibicarakan di sebuah mahkamah di negeri Gois, berakhir dengan kegembiraan buat wanita dan anaknya itu kerana bakal menerima dua kali ganda pampasan. Hakim kemudiannya memarahi pasangan kembar itu kerana dikatakan menghalang hak anak itu untuk mengenali ayahnya. Hakim juga mengarahkan nama kedua-dua lelaki itu ditulis sebagai bapa kandung dalam sijil kelahiran. Satu keputusan yang baik untuk wanita dan anak tersebut tetapi sudah pastinya tidak adil buat salah seorang daripada adik beradik kembar itu yang terpaksa membayar sama. -CARI |
3
Bagus |
3
Marah |
4
Terkejut |
3
Sedih |
9
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Malangnya kedua-dua ujian DNA adalah positif
chinta89 replied at 9-4-2019 04:19 PM
mcmne dua2 positif ek.
ada cara lain tak utk pastikan yg mana ayah btl kpd baby?
shernazz replied at 9-4-2019 01:53 PM
Kalau sini ada buat..
Maybe jantan kabaret suka pancut merata pikior banyak.kali nak pancut dalam.. ...
Sang_Pencinta replied at 9-4-2019 06:15 PM
Kalau ikut ujian DNA biasa tak dapat dibezakan kembar seiras sebab mereka kongsi telur dan sperma ...
sarahmirza replied at 9-4-2019 06:33 PM
Tidak la......
Yang bapak sah pun selamba aje tak kena apa2 tak bagi nafkah kat anak2...
framecermin replied at 9-4-2019 04:26 PM
Kalau kat Malaysia pasangan halal pun.. lepas suami buat taik susah nak dpt nafkah.
Sang_Pencinta replied at 9-4-2019 06:15 PM
Kalau ikut ujian DNA biasa tak dapat dibezakan kembar seiras sebab mereka kongsi telur dan sperma ...
ADVERTISEMENT