Seorang wanita Bangladesh berusia 20 tahun telah melahirkan sepasang kembar, 26 hari selepas melahirkan anak pertamanya. Menurut Dr. Sheila Poddar, pakar sakit puan di Hospital Ad-Din, Dhaka, Arifa Sultana melahirkan seorang bayi lelaki pada penghujung bulan Februari lepas. Selepas melalui proses kelahiran normal, ibu dan anak dibenarkan keluar wad dari hospital lain di Dhaka. Kurang dari 4 minggu kemudian, dia dimasukkan semula ke Hospital Ad-Din. "Dia datang ke hospital mengadu sakit di bahagian bawah perut," kata Poddar. Doktor menjalankan ujian ultrasound dan mendapati Sultana sedang hamil sepasang anak kembar. Sultana memiliki dua uterus, keadaan yang dikenali sebagai 'Didelphys'. Anak pertama dan anak kembarnya membesar dalam dua rahim berasingan. Menurut Poddar, Sultana tidak mendapatkan ujian ultrasound sebelum kelahiran pertama, menyebabkan ia tidak dikesan. \ "Memiliki dua uterus adalah satu perkara yang jarang berlaku. Uterus terhasil daripada dua tiub, dan apabila uterus membesar, tiub-tiub itu akan bergabung. Untuk sesetengah wanita, gabungan itu tidak berlaku dan dinding pemisah tidak hilang," kata Dr. S. N. Basu, ketua obstetrik dan ginekologi di Hospital Max Healthcare di New Delhi. Poddar bergegas melakukan pembedahan Caesarean untuk melahirkan kembar tersebut: seorang bayi lelaki dan perempuan. Katanya, "Ketiga-tiga bayi selamat dan sihat. Ibunya juga sihat." Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, 'Uterus Didelphys' adalah satu kecacatan sejak lahir dan secara keseluruhannya, kadar kejadian tumbesaran kembar adalah 1 dalam sejuta. Untuk mengenalpastinya sebelum kelahiran adalah jauh lebih jarang. "Di kawasan luar bandar, penduduk tidak tahu apa yang mereka alami. Mereka tidak tahu berapa ramai yang dikandungkan dan kadangkala mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mengandung," ujar Dr. Basu.
|
dokupangg replied at 30-3-2019 03:07 PM
Kalau ikut cara berpantang melayu habis bayi kelahiran kedua tu lemas sbb pakai bengkung bagai.
ADVERTISEMENT