CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

6 Media Sosial Paling 'Meletup' Suatu Ketika Dulu. Ingat Lagi Tak?

29-3-2019 12:33 PM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 13851| Komen: 89|Original author: Oleh: nameera

Description: Setelah kewujudan Internet, rangkaian media sosial adalah ruang komunikasi baru yang memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap individu. Platform ini sudah cukup lama bertapak dalam Internet se ...

Setelah kewujudan Internet, rangkaian media sosial adalah ruang komunikasi baru yang memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap individu. Platform ini sudah cukup lama bertapak dalam Internet sehingga menjadikannya sesuatu fenomena.

"Tiada Yang Lama, Tiadalah Yang Baru". Jika kini, Instagram, Twitter dan Facebook menjadi tumpuan. 
Bagaimana pula media sosial yang terdahulu?

Untuk itu, jom imbau 10 Media Sosial yang pernah menjadi tumpuan rakyat Malaysia pada suatu ketika dahulu. 

1. My Space
Kredit Foto : Google
Bagi anda yang lahir sekitar tahun 1980 dan 1990-an, sudah semestinya My Space adalah antara laman sosial kegemaran anda bukan?

Media Sosial yang direka oleh Tom Anderson ini memiliki ciri-ciri lebih kurang sama sahaja seperti media sosial masa kini.  Namun yang membuatnya lebih digemari pada saat itu kerana dapat menghias "Profile Page" dan layout dengan lebih menarik dan kreatif.

Kredit Foto : Google
Namun setelah kemunculan Facebook dengan fungsi yang lebih menarik, My Space semakin hambar dan akhirnya pada Jun 2011, ia dijual dengan harga RM135 juta.


2. Friendster
Kredit Foto : Google
Selain Yahoo dan Google yang pernah menjadi pesaing kepada My Space, Friendster juga pernah menapak di hati penggemar media sosial. Hanya masa setahun pelancarannya, Friendster berjaya menarik 3 juta pengguna mengguna media sosial mereka. 

Namun kedatangan My Space dan Facebook, telah menggugat media sosial ini dan akhirnya dijual. Kini tidak lagi beroperasi.

3. Yahoo Messeger Chat Room
Kredit Foto : Google
Selain ber-chatting dan webcam bersama kenalan email anda, Yahoo Messenger juga menyediakan Chat Room kepada pengguna untuk mencari atau berbual dengan rakan baru.

Kredit Foto : Google
Malah, ia lebih bercirikan kepada ruang untuk bersembang dengan seseorang yang baru secara private atau public mengikut kategori chat room yang diinginkan.

Kini, Yahoo Messenger tidak lagi beroperasi.

4. Hi5
                                                                                                                                   Kredit Foto : Google
Sudah tentu, ramai di antara anda juga  mempunyai akaun Hi5 bukan?. 

Rangkaian sosial ini adalah antara yang paling terkenal di dunia satu ketika dahulu sejurus selepas dilancarkan. Pada tahun 2007, Hi5 berada di tangga ke-2 iaitu selepas My Space  dan sempat bertahan selama 8 tahun sebelum Facebook menjadi tumpuan.

Namun tidak lama kemudian rangkaian sosial ini di beli oleh Tagged dan tidak lama selepas itu menjadi milik Meet Me yang dibeli dengan harga RM232.6 juta.


5. KampungChat.com
Kredit Foto : Google
KampungChat.com ditubuhkan pada tahun 2002 dan menjadi antara chat room terawal yang dibina oleh syarikat tempatan iaitu KampungChat Enterprise.

Moto kampungchat adalah memberikan persekitaran yang tenang dan terbaik kepada pengguna .

Laman ini dibina dengan menyasarkan golongan remaja dan dewasa untuk berkongsi maklumat , mencari kawan baru, berkongsi gambar dan banyak lagi.

6. myfriends2u
Kredit Foto : Google
Sama seperti laman sosial lain, myfriends2u dibangunkan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk berhubung antara satu sama lain. Ia dibangun pada Jun 2010 oleh syarikat tempatan iaitu Netxpert Sdn.Bhd yang mana memberi sedikit kelainan di mana  boleh membuat transaksi jual beli dari laman ini.


Adakah ia sedang mengimbau kenangan anda?

Jom senaraikan laman sosial yang pernah menambat hati anda. -CARI
3

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • kroit92

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Elle_mujigae 29-3-2019 12:36 PM
Kita ada Friendster je...{:handsome
Quote Andyscenes 29-3-2019 12:39 PM
MIRC?? Sape ada?? Sebelum wujudnya myspace
Quote fahdramli 29-3-2019 12:46 PM
Andyscenes replied at 29-3-2019 12:39 PM
MIRC?? Sape ada?? Sebelum wujudnya myspace

Ada lah guba utk chatting. Channel mcm2 ada dalam tu. Antara yg popular mamak, kampung, mcm2 orang ada dalam tu. Ada yg berjodohan sampai kahwen
Quote CardiGans85 29-3-2019 12:48 PM
Friendster tu siap boleh ade lagu. Kelakar klu igt blk.

YM buzz buzz hehehe
Quote Andyscenes 29-3-2019 12:49 PM
fahdramli replied at 29-3-2019 12:46 PM
Ada lah guba utk chatting. Channel mcm2 ada dalam tu. Antara yg popular mamak, kampung, mcm2 orang ...

Masa tu aku darjah 5, ayat pompuan dpt no telephone rumah. Sbb suara budak, kena reject haha
Quote lee_sakura 29-3-2019 12:50 PM
Andyscenes replied at 29-3-2019 12:39 PM
MIRC?? Sape ada?? Sebelum wujudnya myspace

aku suka MIRC...byk dpt kawan ooo walopon xnampak muka
Quote prettyuglybabe 29-3-2019 12:51 PM
MIRC paling legend kot
kalau tak sebab kena beli lesen, mesti berkekalan meriah sampai hari ni..
Quote Acikgomen 29-3-2019 12:52 PM
Andyscenes replied at 29-3-2019 12:39 PM
MIRC?? Sape ada?? Sebelum wujudnya myspace

Irc zaman paling gile
Quote shernazz 29-3-2019 12:54 PM
Mirc..icq...
Alahai...rindunya jaman dedolu
Quote NamaKuMawar 29-3-2019 12:54 PM
fahdramli replied at 29-3-2019 12:46 PM
Ada lah guba utk chatting. Channel mcm2 ada dalam tu. Antara yg popular mamak, kampung, mcm2 orang ...

Saya la tu..
Quote ikanmasin 29-3-2019 01:18 PM
MIRC dlm ingatan gitu...
Quote Lembaga 29-3-2019 01:26 PM
mirc paling rare
Quote URUHA 29-3-2019 01:45 PM
Dolu2 pernah je merasa Myspace, Friendster, YM, Kampung Chat & MIRC. Hampir semua social media yg ada meols akan try. FB ok je tapi x fun mcm Myspace & Friendster sbb x leh deco page & letak lagu. Bestnya dolu2. Tetiba rasa nostalgic pulak baca tered ni
Quote Victorioussss 29-3-2019 01:57 PM
Mirc mana lehnat. Tu dewa ancient socmed
Icq skali
Quote Kurex 29-3-2019 02:11 PM
Mric.. Masuk bod kampung dan..
Quote multinicky 29-3-2019 02:24 PM
bb ping ping ping tu tiru ym buzz buzz buzz la khen ke sebaliknye
Quote abangadek 29-3-2019 02:29 PM
aku dh zaman fb
Quote kaklong32 29-3-2019 02:48 PM
ai dulu ada friendster. then ym tu ada la jugak chat2
tp jumpa boipren kat kampung chat
Quote Andyscenes 29-3-2019 03:02 PM
lee_sakura replied at 29-3-2019 12:50 PM
aku suka MIRC...byk dpt kawan ooo walopon xnampak muka

Knnn.. dorg ok je layan sbb mmg utk layan chat

Lihat semua komen(89)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-2-2023 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.119392 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top