Menurunkan berat badan sememangnya menjadi idaman semua yang mempunyai masalah berat berlebihan. Kita sering dimomokkan dengan penjualan segala jenis produk pengurangan berat badan.
Entah kenapa, kebanyakan daripadanya tidak pernah berkesan, malahan ada yang memudaratkan kesihatan! Bagaimanapun, perkongsian seorang lelaki bernama Noor Nasriq Bin Jaafar tentang amalan yang digunakannya untuk menurunkan berat badan menarik perhatian netizen. Ini kerana beliau berjaya menurunkan beratnya daripada 107 kilogram (Kg) kepada 77 kg dalam masa 5 bulan. Menurutnya, 8 petua yang dipakainya adalah langkah berikut; 1. Tetapkan matlamat berat yang hendak dikurangkan pada tempoh tertentu 2. Dapatkan ilmu mengira kalori makanan 3. Jangan ambil minuman bergula, hanya air kosong 4. Kurangkan nasi, lebihkan sayur dan buahan 5. Kurangkan makanan manis / masin / bersantan / berminyak 6. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu 7. Timbang sekali seminggu 8. Disiplin menjaga makan dan senaman Hasilnya sejak memulakan petua di atas mulai Oktober 2018 tahun lepas, beliau kini telah turun 30 kg! Kini beliau mengatakan mendapat banyak faedah daripada penurunan beratnya termasuk tahap kesihatan yang bertambah baik dan mudah mencari pakaian. Walaupun begitu, beliau masih belum berpuas hati dan akan meneruskan usahanya untuk mencapai berat badan ideal. Usaha beliau itu menjadi inspirasi ramai netizen yang membacanya. Ada yang menyatakan kekaguman kerana hampir tidak mengenali wajah baru beliau. 'Saya tumpeng bangga, hampir tidak kenal gambar terkini' kata seorang netizen. 'Ingatkan hang jual produk, rupanya hanya diet dan exercise' kata seorang lagi. Selain itu ramai juga yang mendapat inspirasi untuk meniru petua yang dikongsikannya. 'Tahniah dah berjaya, teringin nak follow' tambah seorang netizen. Ingin berkongsi manfaat, dia membenarkan semua sahabatnya untuk berkongsi posting dan petua tersebut kepada yang lain. Tahniah kerana usaha gigihnya membuahkan hasil, petua yang nampak mudah tapi pastinya perlukan disiplin dan mental yang kuat. Anda pernah mencuba diet lain? Sila kongsikan petua anda dalam menurunkan berat badan. -CARI
|
prettyuglybabe replied at 29-3-2019 12:50 PM
terkebil-kebil i baca sambil tengok nasik ayam goreng dengan kuah kari dalam pinggan ni..
i akan ...
prettyuglybabe: terkebil-kebil i baca sambil tengok nasik ayam goreng dengan kuah kari dalam pinggan ni..i akan berusaha.. BERUSAHA HA HA HA HA untuk diet {: ...
prettyuglybabe replied at 29-3-2019 12:50 PM
terkebil-kebil i baca sambil tengok nasik ayam goreng dengan kuah kari dalam pinggan ni..
i akan ...
shernazz replied at 29-3-2019 12:56 PM
Hahahaha
Usah lah difikir diet
Makan dolu
Sang_Pencinta replied at 29-3-2019 01:04 PM
Terus ayam rasa tawar ke sis??
riyadhK replied at 29-3-2019 01:04 PM
Diet can wait kekdahnya. Hahahaha. Tak pon akak pret start diet esok la. Hehehehe.
shernazz replied at 29-3-2019 12:56 PM
Hahahaha
Usah lah difikir diet
Makan dolu
jazaa100 replied at 29-3-2019 05:15 PM
Shernazz lepas pantang bdn naik tak?....
Mkn je....mgu depan diet....
ADVERTISEMENT