Seperti yang diketahui umum, pelakon Tom Cruise dan bekas isterinya Nicole Kidman mengambil dua orang anak angkat bernama Connor dan Isabella ketika perkahwinan mereka masih bahagia.
Selepas bercerai, kedua-dua anak itu berada di bawah jagaan Tom Cruise dan Nicole dikatakan jarang berjumpa dengan mereka. Kini kedua anak angkat mereka sudah dewasa dan Connor bakal melangsungkan perkahwinannya dengan seorang gadis Itali bernama Sylvia mengikut upacara Scientology. Connor dikatakan teringin untuk mengundang Nicole hadir ke majlis perkahwinannya memandangkan Nicole adalah ibu yang membesarkannya sejak kecil.
Bagaimanapun hasrat Connor itu ditentang Tom Cruise. Menurut sumber, Tom menghalang kehadiran Nicole ke gereja Scientology kerana Nicole telah meninggalkan agama itu sejak perceraian mereka dan telah diletakkan dalam senarai 'Suppressive Person' oleh agama itu. Tom telah lama putus hubungan dengan Nicole dan mengarahkan Connor supaya mengikut kehendaknya. Oleh kerana Connor dikatakan menghormati ayahnya, dia dengan berat hati terpaksa membatalkan undangan perkahwinan kepada ibunya. Tambahan pula, keluarga isterinya juga penganut Scientology yang taat. Nicole dan Tom Cruise telah lama tidak bertegur sapa. Sumber memberitahu Nicole Kidman yang menganut Katolik membenci Scientology kerana menjadi punca keruntuhan rumahtangganya dan kini memisahkannya dengan Connor dan Isabella. Ini bukan kali pertama Nicole dihalang oleh Tom Cruise untuk hadir ke majlis anaknya. Semasa perkahwinan Isabella pada tahun 2015, Nicole juga tidak dijemput. Jika sumber ini benar, betapa kejamnya hati Tom Cruise kerana sanggup memisahkan seorang ibu dengan anak-anaknya. Semoga Connor dan Isabella berusaha sendiri untuk menghubungi ibu mereka di belakang Tom Cruise. -CARI |
CardiGans85: Yg aku tgk tv psl leah remini & Scientology ni, once kau lari dari agama atau bercerai etc, mmg putus segala hubungan mcm mati.
CardiGans85 replied at 29-3-2019 12:28 PM
Yg aku tgk tv psl leah remini & Scientology ni, once kau lari dari agama atau bercerai etc, mmg putu ...
nanny_1: scientology ni agama apa?mati mati aku ingat subjek sainspernah dengar dulu tapi lupaadakah macam illuminati jugak?maaf aku noob sikitrasanya tom keru ...
nanny_1 replied at 29-3-2019 02:42 PM
scientology ni agama apa?
mati mati aku ingat subjek sains
pernah dengar dulu tapi lupa
emptybotol replied at 29-3-2019 09:18 PM
Angie mana pulokkk ni? Kalau angelina jolie tu, sheols dgn brad pitt.. tom kerus ni dgn katie ho ...
CardiGans85 replied at 30-3-2019 01:35 PM
Scientology ni memang agama. Ada markas macam kem askar, duduk lah dalam tu. Jika seseorang tu mas ...
nanny_1 replied at 29-3-2019 06:42 AM
scientology ni agama apa?
mati mati aku ingat subjek sains
pernah dengar dulu tapi lupa
ADVERTISEMENT