CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Miliki Dua Rahim, Bersalin Dua Kali Dalam Tempoh Hampir Sebulan

30-3-2019 01:49 PM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 4471| Komen: 12|Original author: Oleh: Pink Lily

Description: Berita kelahiran kembar tiga berlainan tarikh

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: ABC News


Seorang wanita Bangladesh berusia 20 tahun telah melahirkan sepasang kembar, 26 hari selepas melahirkan anak pertamanya. 


Menurut Dr. Sheila Poddar, pakar sakit puan di Hospital Ad-Din, Dhaka, Arifa Sultana melahirkan seorang bayi lelaki pada penghujung bulan Februari lepas. Selepas melalui proses kelahiran normal, ibu dan anak dibenarkan keluar wad dari hospital lain di Dhaka. Kurang dari 4 minggu kemudian, dia dimasukkan semula ke Hospital Ad-Din.


"Dia datang ke hospital mengadu sakit di bahagian bawah perut," kata Poddar. Doktor menjalankan ujian ultrasound dan mendapati Sultana sedang hamil sepasang anak kembar. 


Sultana memiliki dua uterus, keadaan yang dikenali sebagai 'Didelphys'. Anak pertama dan anak kembarnya membesar dalam dua rahim berasingan. Menurut Poddar, Sultana tidak mendapatkan ujian ultrasound sebelum kelahiran pertama, menyebabkan ia tidak dikesan. \


"Memiliki dua uterus adalah satu perkara yang jarang berlaku. Uterus terhasil daripada dua tiub, dan apabila uterus membesar, tiub-tiub itu akan bergabung. Untuk sesetengah wanita, gabungan itu tidak berlaku dan dinding pemisah tidak hilang," kata Dr. S. N. Basu, ketua obstetrik dan ginekologi di Hospital Max Healthcare di New Delhi. 


Poddar bergegas melakukan pembedahan Caesarean untuk melahirkan kembar tersebut: seorang bayi lelaki dan perempuan. Katanya, "Ketiga-tiga bayi selamat dan sihat. Ibunya juga sihat."


Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, 'Uterus Didelphys' adalah satu kecacatan sejak lahir dan secara keseluruhannya, kadar kejadian tumbesaran kembar adalah 1 dalam sejuta. Untuk mengenalpastinya sebelum kelahiran adalah jauh lebih jarang. 


"Di kawasan luar bandar, penduduk tidak tahu apa yang mereka alami. Mereka tidak tahu berapa ramai yang dikandungkan dan kadangkala mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mengandung," ujar Dr. Basu.

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anastasia7 30-3-2019 02:30 PM
Maksudnya hamil kembar 3 lah.
Quote Kelabuasap 30-3-2019 03:01 PM
Allahuakbar.. Beruntung sgt ibunya
Quote dokupangg 30-3-2019 03:07 PM
Kalau ikut cara berpantang melayu habis bayi kelahiran kedua tu lemas sbb pakai bengkung bagai.
Quote nazzse 30-3-2019 04:28 PM
Subhanallah..takboleh imagine mcm mana 2 uterus membesar dlm badan sekaligus.
Quote buapakperut 30-3-2019 04:40 PM
rare betul kes ni. penah terbaca kisah kokusen ada dua vejayjay. untung pakwenya
Quote lattehazelnut 30-3-2019 06:02 PM
Lepas beranak, xkan tak tasa baby getak2..
Quote RatuDunia94 30-3-2019 07:07 PM
Seperi biasa kejadian pelik mesti kalau tak kat india, bangladesh.. x pon china.. ataupon negara amerika latin..
Quote ohnoLia 30-3-2019 07:30 PM
dokupangg replied at 30-3-2019 03:07 PM
Kalau ikut cara berpantang melayu habis bayi kelahiran kedua tu lemas sbb pakai bengkung bagai.

Senang je sis. Buat je cara berpantang ikut orang negara india atau bangladesh mcm ibu yg melahirkan anak ini...
Quote Acikgomen 30-3-2019 08:24 PM
Bagi la satu uterus tu kat bamjat
Kesian heshe tawww
Quote bellaamsar 30-3-2019 10:25 PM
Allahuakbar. Beruntungnya ibu tu..
Quote Keanggunan 3-4-2019 06:13 PM
Subhanallah
Quote dreziftdex 3-4-2019 10:20 PM
woww... xpenah dengar lagi kes gini.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.062453 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top