Penyanyi rap, Cardi B kini terpaksa mempertahankan dirinya apabila sebuah video lama muncul semula yang menunjukkan pengakuannya pernah mengumpan dadah dan seks sebelum merompak pelanggannya ketika bekerja sebagai penari bogel suatu ketika dulu.
Penyanyi itu menerima kritikan hebat di media sosial sejak video yang dirakam tiga tahun dahulu itu mula tersebar semula. "Ia adalah perbuatan yang salah, tapi saya melakukannya untuk kelangsungan hidup," tulis Cardi B mempertahankan dirinya. "Saya tidak pernah mengatakan saya seorang yang sempurna," tambahnya lagi. Dalam video itu, Cardi B yang baru menapak dalam industri menjawab tuduhan kononnya kejayaanya datang dengan mudah tanpa usaha. "Tiada yang datang bergolek, saya mula dari hidup susah sebagai penari bogel malahan saya pernah mengumpan dadah dan seks sebelum merompak pelanggan hanya untuk teruskan hidup," kata Cardi B dalam video tersebut. Mengulas lebih mendalam lagi, cardi B mengatakan dia tidak pernah menyembunyikan kisah silamnya. "Saya hidup dalam budaya rap, banyak melakukan kesilapan untuk berjaya," tambahnya. Cardi B juga mendedahkan walaupun banyak penyanyi rap lain menyanyikan unsur keganasan, pembunuhan, dadah dan rompakan, beliau menolak dan lebih menekankan cinta dan kemanusiaan walaupun latar hidupnya hitam. "Lagipun lelaki yang saya sebutkan dalam video itu sedar dan merelakan tindakan saya," katanya mempertahankan diri. Awal minggu ini hashtag #SurvivingCardiB mula bertebaran di Twitter menyamakan tindakan Cardi B dengan penyanyi R Kelly yang berdepan tuduhan keganasan sek.s. Malahan ada juga yang membandingkan Cardi B dengan pelakon komedi Bill Cosby yang dijatuhkan hukuman pada tahun 2018 kerana mengumpan dadah dan merogol ratusan wanita. Persoalannya, adakah skandal ini akan memalapkan bintang Cardi B yang baru menjadi penyanyi rap solo wanita pertama memenangi Grammy untuk Album Rap Terbaik? Apa pendapat anda? -CARI
|
ADVERTISEMENT