"Polis tidak menolak kemungkinan ia angkara khianat." Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata demikian berhubung kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang terbakar di rumahnya di Jalan Persiaran Wawasan di sini, pagi tadi, lapor Berita Harian.
Dalam kejadian jam 6.05 pagi tadi, kenderaan itu dipercayai dibakar pada bahagian bonet selain cermin hadapan turut dipecahkan. “Pihak polis bersama anggota bomba kemudian ke rumah beliau dan mendapati sebuah kereta Honda Accord hitam terbakar pada bahagian bonet hadapan. “Kebakaran dapat dipadamkan anggota bomba dan kereta untuk kegunaan rasmi itu rosak teruk di bahagian bonet, enjin dan cermin hadapan dan belakang," katanya yang tidak menolak kemungkinan ia angkara khianat selepas mendapati kesan pecah pada cermin hadapan dan belakang akibat dibaling botol berisi petrol. Loading FB Post... Tambahnya, pihaknya akan meneruskan siasatan lanjut dan terperinci berhubung kejadian itu. - CARI
|
Rogue98 replied at 22-3-2019 02:49 PM
Si Maza ni banyak sangat berpolitik. Duk diam2 kat Perlis monitor orang Islam kat sana yang tak rama ...
ADVERTISEMENT