CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Nyaris Mati Lepas Suntik Diri Sendiri Dengan Jus Buah

19-3-2019 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5166| Komen: 34

Seorang wanita di China nyaris maut selepas menyuntik diri sendiri dengan jus buah dipercayai untuk menyerap nutrien buah-buahan dengan lebih baik, lapor Shanghaiist.

Dalam kejadian di Chenzhou, wilayah Hunan itu, Zeng, 51, mengisar 20 jenis buah-buahan bersama dan menyuntik cairan jus berkenaan melalui intravena (IV).


Dia kemudian mengalami demam dan mula berasa gata-gatal, namun tidak memaklumkannya kepada sesiapa sehinggalah suaminya menyedari sesuatu tidak kena dengan isterinya, lalu membawa wanita itu ke hospital, lapor Xiaoxiang Morning News.


Kredit foto: Shanghaiist

Kes Zheng bagaimanapun terlalu serius sebelum pihak hospital memutuskan untuk memindahkannya ke ke hospital lebih besar di mana dia dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

'Rawatan semula jadi' itu menyebabkan wanita berkenaan mengalami kerosakan pada buah pinggang dan hati. Malah, doktor memaklumkan keadaannya dalam bahaya kerana beberapa organnya gagal berfungsi dan boleh menyebabkan kematian.


Selepas lima hari dirawat, doktor membenarkan Zheng pulang selepas mendapati keadaan wanita itu sudah stabil.

Berkata kepada wartawan, Zheng mendakwa dia tidak pernah terfikir bahawa buah-buahan segar boleh membawa maut. - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 19-3-2019 12:19 PM
dah tua bru nak pkir cantik ke acik PRC?
Quote HujanBatuTiga 19-3-2019 12:22 PM
Berkata kepada wartawan, Zheng mendakwa dia tidak pernah terfikir bahawa buah-buahan segar boleh membawa maut.

Buah segar x boleh bawa maut. Kebodohan suntik jus buah segar tu yg boleh buat maut.
Quote mbhcsf 19-3-2019 12:22 PM
hmm , okay, tak pe , learning process ,  neanti esok 2 Puan zheng tak akan menyuntik terus jus buah buahan via IV route sebab adapun mulut untuk kunyah adapun  perut dan usus untuk menyerap nutrient dan  nope, jgn buat untuk nasi dan ayam , daging pulak cara ni.

okay. get well soon.
Quote Genkidesuka 19-3-2019 12:25 PM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

Food injections can kill us.  Itulah pentingnya science education.  
Quote dewi 19-3-2019 12:28 PM
nak pi cucuk vit c mahal sangat gamak nya..

dah nya sendiri la cucuk.. jus buah kan ada vitamin
Quote myakayina 19-3-2019 12:33 PM
gigihnya la nak blend buah tu then suntik bagai..mkn jela mcm biasa..
Quote kucingitam 19-3-2019 12:34 PM
aiyo aunty..tak pasal2 sakit tenat
Quote kikuri 19-3-2019 01:02 PM
tak boleh ke lepas blend terus minum....
Quote ikanmasin 19-3-2019 01:04 PM
20 jenis buah-buahan aunty campur2 ..mau terkejut bdn aunty tau..
nsb baik selamat aunty2..
Quote Bedah.Cun 19-3-2019 01:09 PM
Pulauturtle mesti jd mcm neh klo kongkong dia x merempat penang
Quote slavehunter 19-3-2019 01:14 PM
Buah pulak yang salah... dia kena belajar sains lebih ni.
Quote Artemesiaa 19-3-2019 02:50 PM
Pandai2 buat sendiri tampa merujuk dulu pada yang pakar bahaya ke tidak mana tak mendapat
Quote mawar_mustika 19-3-2019 03:35 PM
adoi xblh pk ke...kunyah2 telan jelah buah tu
Quote MadameOnion 19-3-2019 03:42 PM
taktau la nak gelak ke nak simpati
Quote disneyrecess 19-3-2019 06:10 PM
Ai is heran asal ah soo ni xmakan jur buah buahan ituuu? Apa ke jadah ko suntikkk lembam lahai
Quote Atata 19-3-2019 06:16 PM
Baik tuhan tak payah ciptakan mulut, gigi, perut dan segala jenis enzyme utk digestion kalau mcmtu. Tuhan suruh je kita suntik segala benda tu direct ke dalam darah. Alamak kenapala org skrg ni makin advance yg pelik2
Quote mesmerize 19-3-2019 06:28 PM
minum je lah ..kan sedap air jus buahan2 kisar. ai pun hari2 kisar oren + epal hijau n minum. sebab tak suka kunyah dua buah2 ni. masam. bila kisar jadi jus takde la masam sangat. gigih nyonya nak menyuntik lalu intravena bagai.
Quote kibodwatriuh 19-3-2019 07:20 PM
Adoila masih dalam bentuk makanan haruslah dicerna dulu
Quote multinicky 19-3-2019 07:39 PM
adoiii aunty lain kali kalau nk suntik2 sgt suntik je masuk dlm mulut

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.105393 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top