Setelah sekian lama bertarung dengan penyakit kanser ovari dan peritoneal tahap 4, pelakon popular era 90-an, Wafa Abdul Kadir, 52, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1 pagi Sabtu di kediamannya di Tropicana, Petaling Jaya. Pelakon Azizah The Legend itu dikesan menghidap kanser ovari pada 2014 dan terpaksa membuang keseluruhan organ wanita. Hari-hari seterusnya menyaksikan Wafa berulang-alik ke Institut Kanser Negara (IKN) untuk mendapatkan rawatan dan telah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 18 kali pada 2016. Allahyarham dikejarkan ke IKN pada 2 Mac lalu dan dikatakan berada dalam keadaan tenat. Pada Khamis, 7 Mac, Allahyarham Wafa dibawa pulang ke rumah oleh ahli keluarganya. sebelum meninggal dunia dalam keadaan tenang di samping suami dan keluarga. Personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi turut berkongsi kesedihan atas pemergian sahabatnya itu melalui laman Facebooknya. "Jelas rancangan Allah di luar dugaan kita. Hari ini saya telah kehilangan Kak Long @wafaabdulkadir saya. Dan hari ini jua saya akan menempuhi hidup baru. Hebat sungguh dugaan Yang Esa. Saya sedih, namun Allah berikan jua kegembiraan. Sukar, namun itulah hakikatnya",tulis beliau. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada jam 10 pagi ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum Zuhurr. Al-Fatihah buat Allahyarham dan salam takziah buat keluarganya. - CARI
|
3
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
4
Sedih |
6
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
alesandra replied at 16-3-2019 04:33 PM
tgk kat tweet fahmi fadzil ras adiba neh kawen harini.tahniah
sukacactus replied at 16-3-2019 12:28 PM
Salam takziah kepada keluarga arwah!
Tertarik pada tulisan ras adiba pasal menempuh hidup baru.
Ka ...
Kak-Leen replied at 16-3-2019 09:13 PM
Pukul 7 pagi buka IG dpt berita Wafa meninggal. Akak sedih juga sebab akak hormat sangat dgn arwah ...
shernazz replied at 16-3-2019 11:32 AM
Cantik wafa ni..
Iols xdpt bygkan.sakitnya mcmana la.kan..isk...
Moga ditmptkan di.kalangan yg ber ...
Iols terasa nak.makan wafer la...jgn.marah iols..
ADVERTISEMENT