Bagaimana agaknya apabila lagu-lagu popular yang menjadi kegemaran kita dinyanyikan penyanyi lain? Budaya "tolak menolak" lagu di dalam kalangan penggiat seni antarabangsa mahupun tanah air tidaklah asing di kalangan peminat muzik di seluruh dunia.
Jom kita baca di bawah lagu-lagu popular yang pernah di"reject" selebriti Hollywood dan siapa pula yang berjaya mempopularkan lagu-lagu tersebut! Baby One More Time Dicipta untuk: TLC Dipopularkan oleh: Britney Spears
TLC menolak untuk merakamkan lagu ini kerana menganggap liriknya terlalu kebudak-budakan di samping mempromosi keganasan apabila menggunakan lirik "Hit me..." di dalam lagu tersebut. Ternyata lagu ini membawa tuah untuk Britney! Disturbia Dicipta untuk: Chris Brown Dipopularkan oleh: Rihanna Chris Brown merasakan lagu ini lebih sesuai untuk dinyanyikan oleh Rihanna. Whataya Want From Me Dicipta untuk: Pink Dipopularkan oleh: Adam Lamber Pink berpendapat lagu ini lebih sesuai direkodkan oleh penyanyi lelaki. Toxic Dicipta untuk: Kylie Minogue Dipopularkan oleh: Britney Spears Kylie Minogue tanpa ragu-ragu terus menolak lagu ini yang kemudiannya disambar oleh Britney. Ternyata lagu ini merupakan lagu terbaik nyanyian Britney sehingga melayakkannya menerima anugerah Grammy. Don't Cha Dicipta untuk: Paris Hilton Dipopularkan oleh: Pussycat Dolls Pasti Paris Hilton menyesal tidak berkesudahan apabila mendapat tahu lagu ini menjadi sangat popular di seluruh dunia! Umbrella Dicipta untuk: Britney Spears Dipopularkan oleh: Rihanna Dicipta khas untuk Britney, syarikat rakamannya menolak lagu ini kerana album Britney berjudul Blackout ketika itu sudah mempunyai material yang secukupnya. I'm A Slave 4 U Dicipta untuk: Janet Jackson Dipopularkan oleh: Britney Spears Disambar terus oleh ratu pop Britney setelah Janet tidak berminat untuk meletakkan lagu tersebut di dalam album beliau. S.O.S Dicipta untuk: Christina Millian Dipopularkan oleh: Rihanna Lagu pertama yang menaikkan nama Rihanna ke pentas antarabangsa setelah Christina tidak berminat dengan lagu ini. Since U Been Gone Dicipta untuk: Hilary Duff Dipopularkan oleh: Kelly Clarkson Diberi untuk Kelly Clarkson setelah Hilary gagal menyanyikan nada tinggi lagu ini dengan baik. Rock Your Body Dicipta untuk: Michael Jackson Dipopularkan oleh: Justin Timberlake Dicipta oleh Justin untuk idolanya, Michael tidak berminat lantas Justin merekodkan lagu ini untuk album solo pertama beliau. Telephone Dicipta untuk: Britney Spears Dipopularkan oleh: Lady Gaga Lady Gaga merakamkan sendiri lagu yang beliau hasilkan untuk Britney apabila Britney sekadar mahu meletakkan lagu ini di dalam album kompilasi beliau. See You Again Dicipta untuk: Eminem Dipopularkan oleh: Whiz Khalifa Eminem terlalu sibuk dengan projeknya yang lain sehinggalah lagu ini diberikan kepada Whiz Khalifa. Milkshake Dicipta untuk: Britney Spears Dipopularkan oleh: Milkshake Pihak pengurusan Britney berpendapat lagu ini terlalu lucah dan kebudak-budakan. We Can't Stop Dicipta untuk: Rihanna Dipopularkan oleh: Miley Cyrus Patutlah sekali dengar je dah tahu lagu ini pasti ditulis untuk Rihanna! All About That Bass Dicipta untuk: Adele/Beyonce Dipopularkan oleh: Meghan Trainor Sama ada Adele mahupun Beyonce, mereka tidak berminat dengan lagu ini yang kedengaran seakan lagu kanak-kanak riang. Miss Independent Dicipta untuk: Christina Aguilera Dipopularkan oleh: Kelly Clarkson Khabarnya Christina Aguilera masih menyesal kerana lagu ini telah diberikan kepada Kelly Clarkson. We Found Love Dicipta untuk: Nicole Scherzinger Dipopularkan oleh: Rihanna Salah satu kesilapan terbesar Nicole apabila melepaskan lagu ini. Tidak hairanlah karier beliau masih sendu sehingga sekarang! Come and Get It Dicipta untuk: Rihanna Dipopularkan oleh: Selena Gomez Dicipta untuk album Rihanna berjudul Talk That Talk. Rihanna tidak berminat dan kemudiannya diberikan kepada Selena. I Don't Want To Miss A Thing Dicipta untuk: Celine Dion Dipopularkan oleh: Aerosmith Komposer lagu ini mahu Celine menyanyikan lagu tersebut, tetapi masih berpuas hati apabila lagu ini dinyanyikan oleh rockers terkenal, Aerosmith. Let's Get Loud Dicipta untuk: Gloria Estefen Dipopularkan oleh: Jennifer Lopez Gloria memberikan lagu ini kepada Jennifer kerana merasakan genre lagu ini sudah biasa dirakamkan oleh beliau. Wow! Bayangkan perasaan penyanyi yang telah menolak untuk merakamkan lagu-lagu hits di atas! Mesti kecewa agaknya apabila mendapat tahu lagu-lagu tersebut meletup! - CARI |
8
Bagus |
9
Marah |
9
Terkejut |
7
Sedih |
10
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 12-3-2019 11:48 AM
Kalau penanyi yang dicadangkan menyanikan belum tentu lagu tu boleh popular sebegitu
abangadek replied at 12-3-2019 01:10 PM
lagu britney semua sedap2
Ferr_Remy replied at 12-3-2019 01:13 PM
Of cosh..... Hikssss. Smua sedap2 kansss
abangadek replied at 12-3-2019 01:15 PM
tone suara dia cemana nak cakap ekhh.. sedap didengar walaupun tak tarik tinggi2
amukgemuk replied at 12-3-2019 01:26 PM
Paris Hilton nyanyi lagu Dont cha tu?
Lagu tu cheezy sangat kot. Tarian Pussy Cat Doll je yg jadi ...
Ferr_Remy replied at 12-3-2019 01:23 PM
Like an angel... Agitchewww. Lgu fave Britney?
abangadek replied at 12-3-2019 01:29 PM
i suka Everytime, lagu tu cam untuk justin, i minat dedua dulu masa dorang couple lagu2 justi ...
kukukatablog replied at 12-3-2019 04:57 PM
Tetiba teringat Celine Dion berminat dengan lagu Puteri Zainal Abidin,
tapi Zainal Abidin tetap nak ...
fazamania replied at 12-3-2019 05:33 PM
Siapa PZA ni?
kukukatablog replied at 12-3-2019 04:57 PM
Tetiba teringat Celine Dion berminat dengan lagu Puteri Zainal Abidin,
tapi Zainal Abidin tetap nak ...
ADVERTISEMENT