CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11228|Reply: 62

20 Lagu Popular Yang 'Direject' Penyanyi Antarabangsa!

[Copy link]
Post time 12-3-2019 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Bagaimana agaknya apabila lagu-lagu popular yang menjadi kegemaran kita dinyanyikan penyanyi lain?



Budaya "tolak menolak" lagu di dalam kalangan penggiat seni antarabangsa mahupun tanah air tidaklah asing di kalangan peminat muzik di seluruh dunia.



Jom kita baca di bawah lagu-lagu popular yang pernah di"reject" selebriti Hollywood dan siapa pula yang berjaya mempopularkan lagu-lagu tersebut!



Baby One More Time



Dicipta untuk: TLC

Dipopularkan oleh: Britney Spears



TLC menolak untuk merakamkan lagu ini kerana menganggap liriknya terlalu kebudak-budakan di samping mempromosi keganasan apabila menggunakan lirik "Hit me..." di dalam lagu tersebut. Ternyata lagu ini membawa tuah untuk Britney!




Disturbia





Dicipta untuk: Chris Brown

Dipopularkan oleh: Rihanna




Chris Brown merasakan lagu ini lebih sesuai untuk dinyanyikan oleh Rihanna.





Whataya Want From Me




Dicipta untuk: Pink

Dipopularkan oleh: Adam Lamber




Pink berpendapat lagu ini lebih sesuai direkodkan oleh penyanyi lelaki.





Toxic





Dicipta untuk: Kylie Minogue

Dipopularkan oleh: Britney Spears




Kylie Minogue tanpa ragu-ragu terus menolak lagu ini yang kemudiannya disambar oleh Britney. Ternyata lagu ini merupakan lagu terbaik nyanyian Britney sehingga melayakkannya menerima anugerah Grammy.




Don't Cha




Dicipta untuk: Paris Hilton

Dipopularkan oleh: Pussycat Dolls




Pasti Paris Hilton menyesal tidak berkesudahan apabila mendapat tahu lagu ini menjadi sangat popular di seluruh dunia!





Umbrella






Dicipta untuk: Britney Spears

Dipopularkan oleh: Rihanna




Dicipta khas untuk Britney, syarikat rakamannya menolak lagu ini kerana album Britney berjudul Blackout ketika itu sudah mempunyai material yang secukupnya.





I'm A Slave 4 U






Dicipta untuk: Janet Jackson

Dipopularkan oleh: Britney Spears




Disambar terus oleh ratu pop Britney setelah Janet tidak berminat untuk meletakkan lagu tersebut di dalam album beliau.





S.O.S






Dicipta untuk: Christina Millian

Dipopularkan oleh: Rihanna




Lagu pertama yang menaikkan nama Rihanna ke pentas antarabangsa setelah Christina tidak berminat dengan lagu ini.





Since U Been Gone






Dicipta untuk: Hilary Duff

Dipopularkan oleh: Kelly Clarkson




Diberi untuk Kelly Clarkson setelah Hilary gagal menyanyikan nada tinggi lagu ini dengan baik.





Rock Your Body




Dicipta untuk: Michael Jackson

Dipopularkan oleh: Justin Timberlake




Dicipta oleh Justin untuk idolanya, Michael tidak berminat lantas Justin merekodkan lagu ini untuk album solo pertama beliau.





Telephone






Dicipta untuk: Britney Spears

Dipopularkan oleh: Lady Gaga




Lady Gaga merakamkan sendiri lagu yang beliau hasilkan untuk Britney apabila Britney sekadar mahu meletakkan lagu ini di dalam album kompilasi beliau.





See You Again






Dicipta untuk: Eminem

Dipopularkan oleh: Whiz Khalifa




Eminem terlalu sibuk dengan projeknya yang lain sehinggalah lagu ini diberikan kepada Whiz Khalifa.





Milkshake






Dicipta untuk: Britney Spears

Dipopularkan oleh: Milkshake




Pihak pengurusan Britney berpendapat lagu ini terlalu lucah dan kebudak-budakan.





We Can't Stop






Dicipta untuk: Rihanna

Dipopularkan oleh: Miley Cyrus




Patutlah sekali dengar je dah tahu lagu ini pasti ditulis untuk Rihanna!





All About That Bass






Dicipta untuk: Adele/Beyonce

Dipopularkan oleh: Meghan Trainor




Sama ada Adele mahupun Beyonce, mereka tidak berminat dengan lagu ini yang kedengaran seakan lagu kanak-kanak riang.




Miss Independent





Dicipta untuk: Christina Aguilera

Dipopularkan oleh: Kelly Clarkson




Khabarnya Christina Aguilera masih menyesal kerana lagu ini telah diberikan kepada Kelly Clarkson.





We Found Love






Dicipta untuk: Nicole Scherzinger

Dipopularkan oleh: Rihanna



Salah satu kesilapan terbesar Nicole apabila melepaskan lagu ini. Tidak hairanlah karier beliau masih sendu sehingga sekarang!





Come and Get It






Dicipta untuk: Rihanna

Dipopularkan oleh: Selena Gomez




Dicipta untuk album Rihanna berjudul Talk That Talk. Rihanna tidak berminat dan kemudiannya diberikan kepada Selena.





I Don't Want To Miss A Thing




Dicipta untuk: Celine Dion

Dipopularkan oleh: Aerosmith




Komposer lagu ini mahu Celine menyanyikan lagu tersebut, tetapi masih berpuas hati apabila lagu ini dinyanyikan oleh rockers terkenal, Aerosmith.




Let's Get Loud





Dicipta untuk: Gloria Estefen
Dipopularkan oleh: Jennifer Lopez


Gloria memberikan lagu ini kepada Jennifer kerana merasakan genre lagu ini sudah biasa dirakamkan oleh beliau.



Wow! Bayangkan perasaan penyanyi yang telah menolak untuk merakamkan lagu-lagu hits di atas! Mesti kecewa agaknya apabila mendapat tahu lagu-lagu tersebut meletup! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2019 11:48 AM | Show all posts
Kalau penanyi yang dicadangkan menyanikan belum tentu lagu tu boleh popular sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 12:02 PM | Show all posts
rezeki masing2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2019 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 12-3-2019 11:48 AM
Kalau penanyi yang dicadangkan menyanikan belum tentu lagu tu boleh popular sebegitu

Maybe yes, maybe not. Agitcheww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2019 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
MadameOnion replied at 12-3-2019 12:02 PM
rezeki masing2

Syukur.... Hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 01:10 PM | Show all posts
lagu britney semua sedap2
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-3-2019 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
abangadek replied at 12-3-2019 01:10 PM
lagu britney semua sedap2

Of cosh..... Hikssss. Smua sedap2 kansss
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 01:15 PM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 12-3-2019 01:13 PM
Of cosh..... Hikssss. Smua sedap2 kansss

tone suara dia cemana nak cakap ekhh.. sedap didengar walaupun tak tarik tinggi2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2019 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
abangadek replied at 12-3-2019 01:15 PM
tone suara dia cemana nak cakap ekhh.. sedap didengar walaupun tak tarik tinggi2

Like an angel... Agitchewww. Lgu fave Britney?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 01:26 PM | Show all posts
Edited by amukgemuk at 12-3-2019 01:28 PM

ok sesetngahnya mmg match suara penyanyi second choice tumcam Justin Timberlake lagu MJ tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2019 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
amukgemuk replied at 12-3-2019 01:26 PM
Paris Hilton nyanyi lagu Dont cha tu?

Lagu tu cheezy sangat kot. Tarian Pussy Cat Doll je yg jadi ...

Mungkin la kot. Ikut penyanyi gred ape gak kan... Hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 01:29 PM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 12-3-2019 01:23 PM
Like an angel... Agitchewww. Lgu fave Britney?

i suka Everytime, lagu tu cam untuk justin, i minat dedua dulu masa dorang couple lagu2 justin pn sedap.. i suka tone suara cam dorang ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2019 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
abangadek replied at 12-3-2019 01:29 PM
i suka Everytime, lagu tu cam untuk justin, i minat dedua dulu masa dorang couple lagu2 justi ...

Kan.. Iols pun suka sore2 halus cam diorg. Stakat sore mcm Beyonka smua tu sng nak cari, sore halus2 gemersik ni susah nak cari. Zaman skrg klu nk menang anugerah, kena pandai jerit time nyanyi huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 04:57 PM | Show all posts
Tetiba teringat Celine Dion berminat dengan lagu Puteri Zainal Abidin,
tapi Zainal Abidin tetap nak rekod untuk album dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kukukatablog replied at 12-3-2019 04:57 PM
Tetiba teringat Celine Dion berminat dengan lagu Puteri Zainal Abidin,
tapi Zainal Abidin tetap nak ...

Siapa PZA ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 06:27 PM | Show all posts
meol tak suka dgar lagu omputih, tp nak komen gak alkisahnya makcik pakcik yg tolak lagu2 yg hitz menangis tepi bucu katil meratap hiba atas kebodohan mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2019 07:02 PM | Show all posts

tajuk lagu tu puteri dinyanyikan oleh zainal abidin
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 07:06 PM | Show all posts
lagu2 album Sia This Is Acting, dikatakan hampir semua yg dia record lagu2 reject yang dia buat untuk artis lain dan kebanyakkannya untuk Rihanna...

Cheap Thrills antara lagu direject rihanna....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2019 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kukukatablog replied at 12-3-2019 04:57 PM
Tetiba teringat Celine Dion berminat dengan lagu Puteri Zainal Abidin,
tapi Zainal Abidin tetap nak ...

Ye ke? Ade source ke chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 10:19 PM | Show all posts
Simon Cowell berminat dgn lagu Hit Me Baby utk boyband nya, 5ive tp Max Martin lebih suka bg kat Britney
Kemudian 5ive di offer dgn Bye Bye Bye, tp dia org tak minat pulak siap dicerca lg lagu tuh hahaha. Pastuh diberi pd NSYNC, yg seterusnya mengangkat nama dia org dlm industri muzik. Kump. 5ive gigit jari dan berterusan sendu hingga ke hujung karier.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.083301 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list