Wah, hanya beberapa hari saja lagi Bella Dally akan mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya. Lapor Berita Harian, bekas isteri Nazim Othman itu akan disatukan dengan Arif, 34, akhir bulan ini.
Bella, 27, yang berkenalan dengan Arif pada Ogos lalu mengakui ramai yang terkejut apabila dia menerima lamaran lelaki itu hanya selepas lima bulan mereka berkenalan. Malah, menurut pelakon itu, ada yang beranggapan dia terlalu cepat melupakan kegagalan lalu. "Apa lagi yang mahu ditunggu jika saya yakin Arif mampu memberikan kebahagiaan yang dinanti-nantikan. Dia lelaki yang baik dan menerima saya seadanya.
"Saya tidak pernah serik dengan kegagalan lalu, malah sentiasa positif kerana percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, saya akhirnya temui cinta yang dicari-cari selama ini," katanya. Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016, namun berpisah pada 2 Mei tahun lalu. Dia kemudian berkenalan dengan Arif dan mereka bertunang pada 12 Januari lalu.
|
ADVERTISEMENT