Wah, hanya beberapa hari saja lagi Bella Dally akan mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya.
Lapor Berita Harian, bekas isteri Nazim Othman itu akan disatukan dengan Arif, 34, akhir bulan ini.
Kredit foto: IG Bella Dally
Bella, 27, yang berkenalan dengan Arif pada Ogos lalu mengakui ramai yang terkejut apabila dia menerima lamaran lelaki itu hanya selepas lima bulan mereka berkenalan.
Malah, menurut pelakon itu, ada yang beranggapan dia terlalu cepat melupakan kegagalan lalu.
"Apa lagi yang mahu ditunggu jika saya yakin Arif mampu memberikan kebahagiaan yang dinanti-nantikan. Dia lelaki yang baik dan menerima saya seadanya.
Kredit foto: mStar Online
"Saya tidak pernah serik dengan kegagalan lalu, malah sentiasa positif kerana percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, saya akhirnya temui cinta yang dicari-cari selama ini," katanya.
Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016, namun berpisah pada 2 Mei tahun lalu.
Dia kemudian berkenalan dengan Arif dan mereka bertunang pada 12 Januari lalu.
"Sebelum ini, saya asyik berduka, tetapi saya berusaha melindunginya. Saya sudah penat bersedih dengan apa yang dilalui dulu.
"Sampai satu tahap, saya berasakan cukup-cukuplah berduka. Saya berjuang melupakan segala-galanya dan Alhamdulillah, akhirnya menemui kebahagiaan," katanya.
Bercerita serba sedikit mengenai sikap Arif yang sering menemaninya walau ke mana dia pergi, Bella bagaimanapun menafikan bakal suaminya itu kuat cemburu.
Katanya, Arif hanya mahu memastikan Bella sentiasa selamat.
Difahamkan, Bella dan Arif akan mengadakan majlis akad nikah serta resepsi di ibu negara pada hari yang sama.
Wah, tahniah Bella. Semoga hubungan kali ini lebih utuh daripada sebelum ini. - CARI
|