Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 12 bulan bermula hari ini selepas didakwa menunjukkan kemaluan kepada seorang jurujual berpurdah.
Harian Metro melaporkan, hukuman dijatuhkan selepas Muhammad Asyraf Baharudin, 24, mengaku bersalah di hadapan Majistret Izuddin Mohd Shukri di Mahkamah Majistret kota Bharu, hari ini. Mengikut fakta kes, tertuduh menunjukkan kemaluan di hadapan wanita berusia 36 tahun itu di kaunter sebuah kedai runcit di Pasir Hor di Kota Bharu, jam 8.57 pagi, pada 8 Februari 2019. Tertuduh mengulang perbuatan sama sebanyak dua kali pada 8.53 pagi, 12 Februari lalu dan jam 9.02 pagi pada 14 Februari lalu di lokasi sama.
Tertuduh dikatakan mengeluarkan kemaluannya di hadapan wanita itu ketika ingin membuat pembayaran di kaunter kedai runcit berkenaan. Difahamkan, perbuatan jijik mangsa dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum laporan polis dibuat. Muhammad Asyraf didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan. Tertuduh sebelum ini memohon diberikan hukuman ringan kerana insaf, namun Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin memohon mahkamah memberi hukuman setimpal sebagai pengajaran. - CARI
|
Ferr_Remy replied at 20-2-2019 03:53 PM
Jumpe fb mamat ni, kemain kongsi agama kat fb. Padahal haukkkk. Kih3
ADVERTISEMENT