CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Siapa Nak Baby Boleh DM" - Abby Abadi Dituduh Terlibat Dalam Pemerdagangan Manusia?

19-2-2019 11:00 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13653| Komen: 67




Abby Abadi antara selebriti yang bertuah kerana mempunyai akses dengan anak-anak yang tidak sah taraf untuk dijadikan anak angkat. Malahan dua anak angkatnya, Muhammad Dayyan Fayadh dan Dayana (masing-masing 7 dan 6 bulan) juga diambil apabila ada insan yang mahu menyerahkan kepadanya.

Bermula dari situ, Abby mula mewar-warkan mengenai kelahiran bayi sama ada warganegara atau pun bukan di Instagramnya kepada sesiapa pun yang mahu mengambil anak angkat.

Disebabkan ianya status terbuka dan Abby pula berstatus selebriti, ramai yang merasakan ianya seperti pemerdagangan manusia. Ya, tanpa mengetahui latar belakang penerima bayi tersebut, Abby pula berperanan seolah-olah membelakangkan jabatan sepatutnya iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jika ia tidak dibendung, ia mungkin berterusan, kenapa ada yang masih diam?



Kredit foto: Twitter

Kredit foto: IG

Menurut Alia, pemberian bayi menerusi saluran tidak sah ini mungkin membawa kepada implikasi buruk. Tidak mustahil akan berlaku perkara seperti penculikan, organ diambil dan juga penderaan.

Ia turut dipersetujui oleh netizen lain bahawa pengambilan anak angkat perlu melalui prosedur yang jelas untuk memastikan anak angkat tersebut sah disisi undang. Jadi, pada siapa Abby serahkan anak tersebut? Tidak mungkin semudah itu prosedurnya?

Malahan, bukan Abby sahaja yang menjalankan 'pemerdagangan' sebegini, tetapi di grup Facebook pun ada. Mereka mengiklankan bayi yang sedang dikandung dan meminta ibu bapa membayar bil hospital serta saguhati kepada ibu yang mahu memulakan hidupnya kembali. Ada yang mengjangkau antara RM8,000 hingga RM25,000 kos yang perlu dibayar oleh ibu bapa angkat ini. 




Kredit foto: IG

Mungkin niat Abby sebenarnya baik, namun cara mewar-warkan tersebut yang dipertikaikan kerana sejauh mana Abby mengenali bakal ibu bapa bayi tersebut? Malahan pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti ibu remaja yang terdesak hingga sanggup menjual bayinya kepada mereka yang tidak dikenali.

Bagaimanapun, ada individu menjelaskan yang sebenarnya urusan pengambilan anak angkat tidak lah semudah menyerahkan barang. Ini kerana latar belakang mereka perlu disemak terlebih dahulu untuk memastikan sama ada mereka layak atau tidak menjadi ibu bapanya.
Kebanyakkan suami isteri yang masih belum mempunyai anak tidak tahu untuk mencari anak angkat tersebut, jadi dengan pertolongan Abby ini, ia membantu kedua-dua pihak iaitu suami isteri yang mahukan anak angkat dan ibu yang telah terlanjur.
Kredit foto: IG

Justeru itu, ramai yang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan di atas isu sebegini iaitu 'pemerdagangan manusia'. Jika perlu laporkan, maka setiap orang mempunyai tanggung jawab untuk melaksanakannya.


Kes Abby Abadi sama dengan Fynn Jamal, mahu membantu remaja terlanjur dan juga bakal keluarga angkat mendapat anak. Ada pro dan kontranya sendiri, jadi pendapat anda pula bagaimana? - CARI 
3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • ffbeauties

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 19-2-2019 11:27 AM
Abby kan polis Gerak Khas.. takk nk buat benda terlarang..
Quote RatuDunia94 19-2-2019 11:30 AM
Xpe ke reveal sijil kelahiran dgn nama penuh bagai kt ig? Takut nanti dh besar org tau yg tu anak "tak sah taraf"
Quote lee_sakura 19-2-2019 11:33 AM
dari dulu aku terpikir pasal tindakan abby ni
Quote Jajabeans 19-2-2019 11:51 AM
Aku baru dpt wasap ada rumah anak yatim nk close dan baby2 nak diserahkan pd yg berminat. Boleh ke cmtu?
Quote Beautifulliar. 19-2-2019 01:25 PM
Jajabeans replied at 19-2-2019 11:51 AM
Aku baru dpt wasap ada rumah anak yatim nk close dan baby2 nak diserahkan pd yg berminat. Boleh ke c ...

Meols bc gak tp kt komen fb sohai. Tp katanye tu hoax
Quote Beautifulliar. 19-2-2019 01:27 PM
Hat ni tp xtau btol ke tak
Quote bukan_ustazah 19-2-2019 02:08 PM

Kang ada yang ambik dibuat jual organ dan pelacuran budak-budak tu
Quote 234126 19-2-2019 02:19 PM
Rasanya dia tak perdagangkan sebab takda money transaction. Tapi cara dia tetap salah even niat baik. Tak sabar nak tunggu jawapan abby ni. Kalau dia mengaku terkhilaf means dia betul niat nak membantu.
Quote sleepandream 19-2-2019 02:54 PM
iols puji niat murni sheols...
kalau rasa cara tu tak betul netizen DM lah sheols secara personal dan terangkan saluran yg betul untuk adoption dan kepentingannya sekali.. janganlah bash sheols kat social media sebab maybe sheols tak aware
Quote chinta89 19-2-2019 03:26 PM
omg nk tgu penjelasan Abby
Quote inusya 19-2-2019 04:38 PM
Rasa mcm abby pernah jawab psl ni sblm ni. Dah dpt perstujuan dua pihak still leps tu kena ikut prosedur jkm jgk. Mls plk nk skroll ig dia
Quote umbut 19-2-2019 04:42 PM
Aku dari dulu pun pelik.. senang benor dpt baby bagi org. Kan byk procedur.. baby warga asing ke
Quote clarizsa 19-2-2019 05:39 PM
Human trade apa nya netizen bodoh oii
Nak harap tggu JKM smpai mampusla kami2 ni tak merasa ada anak

Abby ni sama cm fynnjamal tu
Tolong org yg nk anak
Mestilah depa screening dulu bakal makpak angkat
Nak harap JKM tu punyala banyak songeh pstu lebih suka lambakkan budak2 ni kt umah anak yatim

Dengki betul la

Quote clarizsa 19-2-2019 05:40 PM
Jajabeans replied at 19-2-2019 11:51 AM
Aku baru dpt wasap ada rumah anak yatim nk close dan baby2 nak diserahkan pd yg berminat. Boleh ke c ...

Tipu je tu
Prank
I pun pernah dpat mesej cmtu
Jgn percaya
Quote anony-mous 19-2-2019 06:39 PM
234126 replied at 19-2-2019 02:19 PM
Rasanya dia tak perdagangkan sebab takda money transaction. Tapi cara dia tetap salah even niat baik ...

Kan ada money transaction tu? Klau nk kene byr kos ibu . Ke mcm tu xkira as money transaction?
Quote anony-mous 19-2-2019 06:40 PM
clarizsa replied at 19-2-2019 05:39 PM
Human trade apa nya netizen bodoh oii
Nak harap tggu JKM smpai mampusla kami2 ni tak merasa ada ana ...

Kenapa JKM lembab? Kan lg susah budak2 tu ramai dekat rumah ank yatim?
Quote Lolalala 19-2-2019 08:02 PM
Abby open channel utk mereka yg mengandung luar nikah ditinggalkan jantan keparat, yg tak de arah tujuan. Dari dibuang baby tu, dia contact Abby. Maybe Abby tolong dengan cost bersalin tu. Abby pulak tolong iklankan mcm tu(macam x berapa betul sgt la.maybe x payah letak surat beranak tu). Tapi process dia tetap melalui jkm,jpn semua tu.
Quote Piramida 19-2-2019 08:46 PM
I tak boleh agree with this. Ada channel yg lebih mulia utk ambil anak angkat.
Why artis2 sekarang semakin bodoh?
Quote Piramida 19-2-2019 08:47 PM
clarizsa replied at 19-2-2019 05:39 PM
Human trade apa nya netizen bodoh oii
Nak harap tggu JKM smpai mampusla kami2 ni tak merasa ada ana ...

So ada prosedur utk ni? Betul2 valid?
Good then.

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.069866 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top