Penyanyi Shawn Mendes mengejutkan peminatnya apabila memuatnaik dua keping gambar dengan hanya berseluar dalam Calvin Klien sekaligus mengesahkan pemilihannya sebagai model baru jenama terkenal itu mengenepikan Justin Bieber.
Penyanyi yang popular dengan lagu In My Blood itu berkongsi dua gambar untuk kempen baru Calvin Klein akan datang menunjukkannya sedang bersantai di dapur dengan hanya berseluar dalam, sambil memandang ke arah kamera dengan menggoda. Beliau turut menulis kapsyen ringkas ; '@CalvinKlein #MyCalvins. Campaign coming this week.' Dalam salah satu gambar, beliau mengenakan seluar dalam berwarna putih dan sedang menyandar di meja dapur manakala gambar kedua menunjukkanya sedang duduk di kerusi malas dengan gitar dan keyboard sedang menyandar dinding. Kedua-dua gambar itu mendapat perhatian daripada peminatnya dengan enam juta likes dalam masa beberapa jam. Pemilihan penyanyi itu menyingkirkan Justin Bieber turut mengundang komen-komen berunsur 18SX daripada peminatnya. 'Saya hampir terkena sakit jantung dengan gambar ini' kata seorang peminatnya. 'Perlu ada amaran, kerana gambar terlalu hangat' kata seorang lagi. Ini bukan kali pertama penyanyi berusia 20 tahun ini menjadi model. Sebelumnya Mendes turut menandatangani kontrak dengan agensi model Wilhelmina Models pada tahun 2016 dan pernah memperagakan pakaian Emporio Armani dalam satu pertunjukan tahun lalu. Belum diketahui bagaimana penerimaan peminat jenama Calvin Klein yang pasti akan membandingkan siapa yang akan lebih sesuai menjadi jurucakap seluar dalam tersebut antara mereka berdua. Yang pastinya, Justin Bieber tidak senang disingkirkan oleh penyanyi yang lebih junior daripadanya. Apa pula kata anda? Siapa yang lebih layak mewakili Calvin Klein? - CARI |
slipar_jepon replied at 18-2-2019 04:57 PM
jb dah kepam skg.. vote for SM
supernaturalee replied at 19-2-2019 12:31 AM
Patut lh Shawn makin sado
Tgk penampilan die di grammy last week
armin replied at 18-2-2019 11:17 PM
Mestilah pilih model single dan tidak berkutu. Sapa nak tgk model ada kutu
ADVERTISEMENT