CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Little Miss Khan Buat Onar Lagi, Guna Produk Bukan Tester Di Kedai

18-2-2019 10:36 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 38064| Komen: 163|Original author: Oleh: Azza




Entah apa yang berada di fikiran sesetengah orang apabila menggunakan produk sewenang-wenangnya tanpa ada inisiatif membeli, dengan alasan tiada 'tester'. Lebih memalukan apabila ia dimuat naik oleh adik Neelofa, Little Miss Khan di IG Storynya dengan tiada rasa bersalah pun. Video berdurasi 7 saat itu mencetuskan kemarahan netizen kerana didakwa menyalahgunakan harta pasar raya sekaligus menyusahkan pembeli seterusnya.



Setelah menyembur beberapa kali, pelaku juga mengeluarkan kata-kata mencarut kemudiannya meletakkan kembali di tempat asalnya sambil bergelak tawa dengan adik Neelofa. Perangai buruk tersebut membuatkan ramai netizen menyampah kerana mereka bukannya mahu membeli barangan tersebut tetapi sekadar mahu bersuka ria sahaja.

Jika mereka memberi alasan tiada 'tester', bukan itu caranya. Mereka boleh merujuk laman sesawang produk tersebut terlebih dahulu untuk mengetahuinya atau bertanya pada pekerja di kedai, bukannya menggunakan produk yang dipamer lalu menggunakannya.


Kredit foto: IG


Perbuatan tersebut menjelaskan lagi perangai orang-orang kaya yang sebenarnya. Lalu bila dimuat naik di media sosial, ia menjadi perhatian dan mereka sekali lagi menjadi tumpuan. Kenapa perlu jadi bodoh untuk popular?


Kredit foto: Twitter

"Tak rasa berdosa ke guna tapi tak bayar. Nanti orang lain beli pulak."

Rata-rata netizen berpendapat bahawa Little Miss Khan dan rakan atau saudaranya itu perlu membayar harga produk tersebut dan bukannya meletakkan kembali barangan itu. Malahan perbuatan tersebut dianggap seperti mencuri atau vandalisme dan perlu dilabelkan dibawah jenayah kecil kerana menggunakan barangan tanpa izin tuannya.

Oleh sebab itu, ada netizen yang memberi kewajaran bahawa mereka membeli barangan yang berada di belakang produk yang dipamer, kerana produk yang berada di hadapan biasanya telah digunakan oleh individu tidak bertanggung jawab.


Kredit foto: IG

Perbuatan yang mementingkan diri sendiri ini secara tidak langsung mencemarkan nama Neelofa sebagai kakak. Tidak seharusnya Miss Khan melakukan perbuatan sebegitu dan hanya menyusahkan banyak pihak kerana perbuatannya tersebut. Adakah mereka merasakannya ia sekadar keseronokan semata-mata tanpa mengambil kira implikasinya? - CARI 



2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • nia_salina

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 18-2-2019 10:51 AM
since when pulak LMK ni retis???
wartawan cari pon masih konpius nak bukak benang kat mana
Quote matbad 18-2-2019 10:53 AM
Bila yg budak ni cerdik??
Quote apedehal 18-2-2019 10:55 AM
n who is she again???this is y i hate lopak...semua adik beradik mokcik2 kazen pakat menempel fefeeling important pd negara..ppuihhh
Quote MatDeghem 18-2-2019 10:59 AM
Thread gula2 bg mat...

Lofalanders jgn sentap....
Quote anony-mous 18-2-2019 11:01 AM
Celaka nya perangai LMK ni. Elok la diberi taufik & hidayah. Mungkin jatuh miskin? Kecantikkan ditariknbalik? Cacat? Who knows. For her to learn erti bersyukur & kurangkan perangai yg mcm firaun tu
Quote aemon 18-2-2019 11:02 AM
si kelly.ng putih ni dah kenapa background blkg tu ade botol2 liquor?attention much nk org kecam?
Quote sukacactus 18-2-2019 11:03 AM
Sapa si bangang di board ni?
Shoh ko jauh2
Quote mieymiey 18-2-2019 11:04 AM
Retis ker pun budak ni??
Quote kaklimahcomot 18-2-2019 11:04 AM
aku benci btul ngan dorg adik brdik ni.nmpk baik tp yg hadooo..
Quote famri7 18-2-2019 11:07 AM
Entitled paki..biasalah sis..paki ni lehat ummah meleis mcm lehat sampah di tepi jalan jah.
Quote MadameOnion 18-2-2019 11:10 AM
muka cantik tapi bodo perangai budu sangat..nasib baik bapak ko kaya je lah..
Quote Madel 18-2-2019 11:14 AM
Buat report polis je
Mencuri or vandalism
Abis cite
Baru puak2 ni tahu negara ni ada undang2.
Quote buragazz 18-2-2019 11:15 AM
Dah rasa macam menonton keeping up with the Kardashian..
Quote AmandaRollins 18-2-2019 11:15 AM
anony-mous replied at 18-2-2019 11:01 AM
Celaka nya perangai LMK ni. Elok la diberi taufik & hidayah. Mungkin jatuh miskin? Kecantikkan ditar ...

Hahahahaha...semua yg diatas(yg sis sebut)....
Berlagak nk mampos kan adik c lopak ni...mostly all of them mmg mendongak ke langit...dgn mulut hangsuang semua...
Quote mohdcrow 18-2-2019 11:18 AM
Nanti heliza datang jumpa settle la tu
Quote Burong_Hantuk 18-2-2019 11:21 AM
kasar betol bahasa adik si lopa nih
Quote newyork 18-2-2019 11:24 AM
Muka cantik tadak adab , kurang ajar.. dia ingat dia kaya boleh buat suka hati.. manners ke laut..
Quote famri7 18-2-2019 11:27 AM
buragazz replied at 18-2-2019 03:15 AM
Dah rasa macam menonton keeping up with the Kardashian..

Kardasian walaupon sundal tapi diorang bab public service tiptop..diorang buat perangai gila sesama family/dlm rumah jah...

Quote weezerfan 18-2-2019 11:34 AM
Sapa yg dok spray2 sambil carut tu? Kazen dia yg mana?

Lihat semua komen(163)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.144470 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top