Kisah seorang wanita yang bernama Angelica Mabuhay mula tular apabila dia muncul dalam satu rancangan bual bicara di Filipina "One At Heart, Jessica Soho" dimana kisah cinta Angelica ini telah menarik perhatian umum.
Menurut sumber Nextshark, Angelica berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Justin sekitar pertengahan tahun 2015. Beberapa bulan selepas itu, mereka mula menjalinkan hubungan cinta.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu Justin seolah-olah nak menjauhkan diri sehingga menimbulkan tanda tanya dalam diri Angelica. "Saya dapat rasakan yang dia curang, ada perempuan lain. Saya lihat dia di Facebook, geledah segala mesej dalam telefon pintarnya. Rupa-rupanya, dia memang ada keluar dengan wanita lain dan ada gambarnya," katanya. Rahsia Justin terbongkar apabila dia mendapat satu jemputan daripada seorang wanita untuk mengubah status hubungannya di FB. Dari situ, Angelica dapat tahu bahawa Justin curang dengannya. Dia juga dapat tahu identiti teman wanita barunya itu. Yang memeranjatkan lagi, 'wanita' terbabit sebenarnya mak nyah! Nama mak nyah itu ialah Jeffrey. Setelah hubungan mereka terputus, Angelica ada menghubungi Jeffrey. Sebenarnya, Jeffrey sendiri tidak tahu bahawa Justin sebenarnya sudah memiliki teman wanita pada waktu itu. Tanpa disedari, Angelica dan Jeffrey mula berkawan. Persahabatan mereka semakin akrab hingga menjadi BFF apabila Jeffrey putus dengan Justin. Tidak lama kemudian, hubungan mereka semakin rapat hingga Angelica sendiri melamar Jeffrey. "Jeffrey sangat baik. Dia berbeza berbanding semua lelaki lain dan saya sangat menyukainya. Saya mencadangkan idea untuk kami 'bersama' dan dia berkata 'ya'," katanya. Walaupun Jeffrey seorang pondan dan keliru dengan perasaannya, dia tetap memberi peluang kepada Angelica. Bagaimanapun, hubungan mereka pernah goyah apabila Angelica mengetahui bahawa Jeffrey ada menghubungi Justin serta menggoda lelaki lain. Sampai satu tahap, Angelica meminta kata putus sama ada memilih dirinya atau lelaki di luar sana dan jawapannya adalah; "Saya pilih Angelica, wanita yang betul-betul cinta dan menyayangi diri saya." Jadi, mereka pun meneruskan perhubungan mereka hingga melahirkan seorang anak lelaki. Kini, mereka sedang membesarkan anak mereka bersama. "Biarpun kehidupan ini agak sukar, gaji tidak mencukupi, saya mampu menguruskan kewangan untuk membesarkan anak kami. Saya sangat gembira selepas pulang dari kerja untuk menjenguk anak saya. Segala letih dan penat terus hilang." Kisah mereka ini telah pun dikongsi lebih daripada 35,000 di Facebook. - CARI
|
Tukul.Besi replied at 13-2-2019 10:28 AM
Semoga adalah pompuann nak melamar sajat jadi suami
makton replied at 14-2-2019 08:10 AM
so jeffrey ni nafsu kerbau ke mcmana?
dgn jantan pun ko sodok. dgn pmpuan pun ko sodok gak.
geli l ...
ADVERTISEMENT