CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cantik Pemergiannya, Wanita Tertua Dunia Meninggal Ketika Berdoa

13-2-2019 10:28 AM| Diterbitkan: safriehalim| Dilihat: 3307| Komen: 7|Original author: Oleh: Safrie Halim

Description: Wanita itu bernama Koku Istambulova dan dipercayai telah berusia 129 tahun.

Sumber Gambar : Mail Daily
Wanita tertua di dunia yang telah meninggal dunia ketika berdoa. Wanita itu bernama Koku Istambulova dan dipercayai telah berusia 129 tahun. 

Rekod umur ini berdasarkan pengesahan yang dibuat oleh pegawai kerajaan Rusia melalui dokumen yang diterima daripada Dana Pencen Negara (Rusia).

Menurut Daily Mail lagi, Koku Istambulova adalah seorang muslim yang dilahirkan pada 1 Jun 1889. Namun tarikh kelahiran itu tidak dapat disahkan kerana maklumat di pasportnya hanya meletakkan tahun kelahiran sahaja.

Sumber Gambar : Mail Daily
Pada hari kematiannya itu, cucunya yang bernama Iliyas Abubakarov menceritakan yang Koku telah makan malam seperti biasa di rumahnya di Chechnya. Ketika berborak dan bergurau dengannya, secara tiba-tiba Koku mengadu sakit dada.

Menurut Iliyas mereka telah memanggil doktor datang ke rumahnya. Doktor memberitahu tekanan darah Koku telah menurun, dan kemudian suntikan diberikan.

"Namun mereka gagal menyelamatkannya. Nenek meninggal dunia tidak beberapa lama kemudian. Nenek pergi dengan tenang dan mulutnya tidak berhenti berdoa, " Ujar Iliyas.

Jenazah Koku disemadikan di kampung halamannya di Bratskoe dengan diiringi ahli keluarganya yang masih hidup termasuk lima cucu dan 16 cicit.

Jika usia Koku ini sahih maka dia sebenarnya telah mengatasi umur wanita tertua di dunia yang sebelum ini dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 128 tahun pada Disember tahun lepas. -CARI
6

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 13-2-2019 11:28 AM
Innalillah wainnalillahhirojiun
Quote None68 13-2-2019 12:54 PM
Alhamdulillah pengakhiran yang baik untuknya. Rezeki panjang umur.
Quote bluebellvine 13-2-2019 01:29 PM
senangnya cara dia pergi. semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah. Amin
Quote lonso 13-2-2019 05:08 PM
Semoga kita pun mendapat husnulkhotimah....
Quote mareenie 14-2-2019 06:30 AM
Innalillahi wainnailaihi roji'un..

Di Russia ni ramai juga muslim kan.
Quote itams 14-2-2019 11:44 AM

Innalillah wainnalillahhirojiun
semoga rohnya di cucuri rahmat.
Quote acikhan 14-2-2019 12:02 PM
mareenie replied at 14-2-2019 06:30 AM
Innalillahi wainnailaihi roji'un..

Di Russia ni ramai juga muslim kan.

Rusia belah selatan kot sis...area kg khabib nugremodov tu area situ mmg ramai Islam

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.049166 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top