Sumber Gambar : Mail Daily
Wanita tertua di dunia yang telah meninggal dunia ketika berdoa. Wanita itu bernama Koku Istambulova dan dipercayai telah berusia 129 tahun.
Rekod umur ini berdasarkan pengesahan yang dibuat oleh pegawai kerajaan Rusia melalui dokumen yang diterima daripada Dana Pencen Negara (Rusia).
Menurut Daily Mail lagi, Koku Istambulova adalah seorang muslim yang dilahirkan pada 1 Jun 1889. Namun tarikh kelahiran itu tidak dapat disahkan kerana maklumat di pasportnya hanya meletakkan tahun kelahiran sahaja.
Sumber Gambar : Mail Daily
Pada hari kematiannya itu, cucunya yang bernama Iliyas Abubakarov menceritakan yang Koku telah makan malam seperti biasa di rumahnya di Chechnya. Ketika berborak dan bergurau dengannya, secara tiba-tiba Koku mengadu sakit dada.
Menurut Iliyas mereka telah memanggil doktor datang ke rumahnya. Doktor memberitahu tekanan darah Koku telah menurun, dan kemudian suntikan diberikan.
"Namun mereka gagal menyelamatkannya. Nenek meninggal dunia tidak beberapa lama kemudian. Nenek pergi dengan tenang dan mulutnya tidak berhenti berdoa, " Ujar Iliyas.
Jenazah Koku disemadikan di kampung halamannya di Bratskoe dengan diiringi ahli keluarganya yang masih hidup termasuk lima cucu dan 16 cicit.
Jika usia Koku ini sahih maka dia sebenarnya telah mengatasi umur wanita tertua di dunia yang sebelum ini dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 128 tahun pada Disember tahun lepas. -CARI |