Seorang wanita bukan saja dibunuh dengan kejam oleh kekasihnya, malah dia turut dibakar untuk menghilangkan jejak. Tribun News melaporkan, dalam kejadian di Muara Enim, Sumatera Selatan itu, Inah Antimurti, 21, turut diperkosa kekasih dan temannya sebelum membunuh mangsa dengan sebatang kayu.
Difahamkan, lima suspek terbabit dalam pembunuhan itu termasuk dua daripadanya masih di bawah umur. Mereka dikenali sebagai Feri, 30, F, 16, Abdul Malik, 22, DP, 16 dan kekasih mangsa, Asri yang kini dalam buruan polis, manakala empat yang lain sudah ditahan. Asri dipercayai berang apabila Inah gagal menjelaskan hutangnya hingga dia memutuskan untuk membunuh mangsa dengan dibantu empat rakannya. Menurut laporan, mangsa dirogol Asri dan temannya, Abdul Malik sebelum memasukkan wanita itu ke dalam guni dan dibawa ke sebuah kawasan pembuangan sampah di Ogan Ilir. Mangsa yang diikat dengan dawai kawat dibawa ke dalam semak sebelum dibakar di atas sebuah tilam bagi menghilangkan jejak. Sementara itu, keluarga mangsa menafikan Inah berhutang dengan Asri dan berharap semua tertuduh dihukum mati. - CARI
|
17
Bagus |
18
Marah |
10
Terkejut |
13
Sedih |
8
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shida81 replied at 24-1-2019 04:19 PM
IYELAH tu ... ntah2 ko yg hutang dia x nk byr... ko bunuh dia plak
PEMIUTANG replied at 24-1-2019 04:55 PM
kesimpulannya jauhilah berhutang dan memberi hutang.
ADVERTISEMENT