CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pekerjaan Paling Aneh Di Dunia, "Tukang Tidur Dan Cium Bau" Pun Satu Kerjaya?

25-1-2019 11:32 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 2670| Komen: 11|Original author: Oleh: nameera

Description: Di dunia ini, terdapat begitu banyak pekerjaan yang secara umum sudah diketahui ramai seperti peguam, doktor, guru dan sebagainya. Namun, terdapat juga beberapa pekerjaan disenaraikan sebagai kerjaya ...
Di dunia ini, terdapat begitu banyak pekerjaan yang secara umum sudah diketahui ramai seperti peguam, doktor, guru dan sebagainya. Namun, terdapat juga beberapa pekerjaan disenaraikan sebagai kerjaya luar biasa. 


Luar biasa macam mana? Ini senarainya seperti dipetik daripada IDN Times.


Snake Milker 

Kredit Foto : Google

Pekerjaan ini bukan calang-calang orang boleh kerjakannya. Hal ini demikian skop tugasnya agak mencabar dan berisiko kerana diperlukan untuk membuang bisa ular dan mengumpulkannya di dalam botol yang telah disediakan untuk dijadikan penawar dan tujuan perubatan lain.  


Professional Cuddler

Kredit Foto : Google

Di negara barat, jika anda bersendirian dan memerlukan pelukan, anda boleh menyewa khidmat professional cuddler untuk dipeluk atau berbaring sambil memeluk. Untuk itu, anda perlu membayar antara 60-80 dolar (sekitar RM250) dan ia tidak boleh lebih daripada pelukan kerana ia akan dikategorikan sebagai gangguan seksual.


Drying Paint Watcher

Kredit Foto : Google

Tugasnya adalah melihat cat sehingga kering. Agak membuang masa pekerjaanya, namun terdapat lelaki di England yang bekerja seperti ini. 

Apa yang dilakukan oleh lelaki ini adalah melihat berapa lama cat mengambil masa untuk kering. Dia juga mengkaji sejauh mana perubahan warna cat yang sudah kering.


Penguji Makanan Haiwan

Kredit Foto : Google

Demi menjaga kelazatan rasa makanan anjing, beberapa syarikat makanan anjing menggaji pekerja untuk merasai produk makanan anjing termasuk tulang, daging dalam tin dan juga biskutnya. 

Di samping itu, penguji makanan ini juga ditugaskan untuk membandingkan rasa dan tekstur makanan anjing ini dengan makanan manusia. 


Netflix Viewer

Kredit Foto : Google

Tonton filem dapat bayaran. Wah! Suatu pekerjaan yang sangat diingini sesiapa sahaja. Tetapi, pekerjaan ini tidaklah begitu mudah.  Pekerja yang bekerja seperti ini ditugaskan untuk menonton semua kandungan dari Netflix untuk dikaji semula sebelum dipaparkan kepada orang ramai. 

Di samping itu, setiap program harus diberi tag atau genre yang betul supaya menjadikannya lebih mudah kepada pengguna Netflix untuk mencari filem atau siri tertentu.


Train Pusher

Kredit Foto : Google

Di Jepun, pekerjaan ini telah menjadi salah satu bidang yang sudah biasa dikerjakan sesetengah penduduk di sana. 'Oshiyas' merupakan pekerjaan yang ditugaskan untuk menolak penumpang yang ramai dari pintu ke dalam train, supaya train dapat menampung lebih ramai penumpang.  


Professional Line Stander

 
Kredit Foto : Google

Anda malas beratur panjang atau tiada masa untuk beratur saat ingin membeli tiket, makanan atau membeli belah? Professional Line Stander bersedia membantu menggantikan anda untuk beratur di sana. Kebiasaannya, bayaran dikenakan sebanyak 25 dolar (RM103) sejam.


Professional Mourner

 
Kredit Foto : Google

Dalam sesetengah budaya, menangis di pemakaman adalah suatu keharusan. Jika tiada tangisan, dikhuatiri akan menyebabkan pengebumian kurang selesa. Professional Mourner atau ahli moirologi, iaitu orang yang dibayar untuk berpura-pura menangis di pengebumian seseorang. Perkara ini sudah biasa diamalkan di China dan beberapa negara Asia lain. 

Mereka dibayar mengikut jam dengan spesifikasi berbeza. Misalnya, menangis selama satu jam untuk 50 dolar (RM207), menangis sambil berguling selama satu jam untuk 150 dolar (RM621), dan sebagainya.


Professional Sleeper

Kredit Foto : Google

Terdapat sebuah hotel di Finland yang mengambil seorang pekerja sebagai Professional Sleeper dan tugasnya hanya untuk tidur. Tetapi, tidak hanya sekadar tidur, mereka juga perlu menilai bagaimana keselesaan katil di hotel tersebut. 

Boleh dikatakan salah satu sebagai pekerjaan kawalan kualiti, tetapi ianya adalah ketika tidur. 


Armpit Sniffer

Kredit Foto : Google

Untuk keperluan kawalan kualiti dari beberapa produk, para penhidu ini bekerja untuk mencium bau dari nafas, kaki, bahkan ketiak dari beberapa subjek.

Malah, untuk membuat penilaian tepat, mereka mesti menjalani proses ini setiap bulan.


Scuba Diving Pizza Delivery Man

Kredit Foto : Google

Mungkin anda sudah tahu terdapat sebuah hotel di bawah air di Key Largo, Florida. Untuk menambah keanehan hotel ini, mereka menyediakan pekerja sebagai penghatar pizza.

Oleh kerana berada di bawah air, penghantar pizza ini perlu menggunakan peralatan skuba serta menggunakan bekas kalis air untuk membawa pesanan pizza dan mengekalkan kehangatannya.

Apa pandangan anda? Adakah pekerjaan yang disenaraikan ini sudah cukup aneh bagi anda? Mungkin ada yang lebih aneh dari ini? Jom senaraikan. - CARI
11

Bagus
7

Marah
3

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SuriNate 25-1-2019 11:36 AM
Yang lain tu okay lah...yang tukang armpit sniffer maybe thanks but no thanks kot{:laugh
Quote chicozinn 25-1-2019 11:59 AM
euuww..tang cium bau ketiak memang xler..tapi apsal takde keja tukang rasa n hidu kopi n wain?yg tu pun gaji mahal tau..
Quote Artemesiaa 25-1-2019 12:03 PM
Macam2 pekerjaan yang tak disangka ada dalam dunia ni hanya kat Malaysia jarang ada openning untuk kerjaya sebegitu.
Quote shernazz 25-1-2019 12:26 PM
Dalam borang skola anak

Pekerjaan : cium bau ketiak professional
Quote matchstick 25-1-2019 12:27 PM
Ktm komuter should consider guna kan khidmat train pusher.
Quote namr 25-1-2019 12:44 PM
nak apply professional sleeper, ada vacancy tak?
Quote RatuDunia94 25-1-2019 01:48 PM
shernazz: Dalam borang skola anakPekerjaan : cium bau ketiak professional


Pekerjaan Ibu : Ahli Moirologi.

Gah kan bunyinya..
Walopunnn
Quote ninjago 25-1-2019 01:55 PM
professional sleeper tu bestnyaa.. senang gila kerja
Quote kaklong32 25-1-2019 02:36 PM
ciom ketiak uwerkkkkkkkk
Quote pai.kacang 25-1-2019 04:12 PM
chicozinn replied at 25-1-2019 11:59 AM
euuww..tang cium bau ketiak memang xler..tapi apsal takde keja tukang rasa n hidu kopi n wain?yg tu  ...

sebab tak anih dah pelik laa kut
Quote giyomi 25-1-2019 08:02 PM
tolotng lah amik iol sebagai profesional sleeper, iol rela jew

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.216801 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top