CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ditanya Tuduhan Merogol, Steven Siegal Tamatkan Temu Bual Serta-merta

25-1-2019 11:48 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4296| Komen: 8|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Hero pujaan ramai, pelakon filem aksi Steven Seagal yang kini menetap di Rusia menghadapi tuduhan merogol dan mendera beberapa wanita.
Hero pujaan ramai, pelakon filem aksi Steven Seagal yang kini menetap di Rusia menghadapi tuduhan merogol dan mendera beberapa wanita.

Beliau bagaimanapun tidak pernah memberikan sebarang komen dan selama ini menyembunyikan diri daripada wartawan. 


Namun, Seagal yang dipercayai terdesak untuk mempromosikan filem terbarunya Attrition, akhirnya mula menjawab temu bual dengan wartawan. 



Bagaimanapun, temu bual wartawan BBC Newsnight dengan Seagal itu tidak berakhir dengan baik apabila beliau tiba-tiba menamatkan wawancara selepas ditanya tentang tuduhan penderaan seksual dan gerakan anti-keganasan #MeToo di Amerika Syarikat.



Kredit foto: Getty Images

Seagal kelihatan merah padam apabila wartawan Kristy Wark bertanya "Di Amerika Syarikat, kamu menghadapi beberapa tuduhan merogol dan mendera wanita. Bagaimana kamu menanganinya?" 

Sejurus mendengar soalan itu, Seagal membuka fon telinganya dan meninggalkan kerusinya. Bagaimanapun, beliau terlupa menanggalkan mikrofonnya jadi perbualan selepas itu masih boleh didengar penonton.


Kredit foto: Twitter

'Hello, hello' kata Kristy cuba mendapatkan maklum balas tetapi Seagal sudah berlalu pergi. Kristy kemudian meneruskan rancangan itu dengan mengatakan Steven menafikan semua tuduhan terhadapnya.


Kredit foto: Metro.co.uk

Steven Seagal menghadapi tuduhan salah laku seksual daripada beberapa pelakon Hollywood terkenal antaranya Julianna Margulies dan Portia de Rossi. 

Pada Mac tahun lalu, seorang wanita menuduh Seagal merogolnya sekitar tahun 1990-an. Manakala, Portia de Rossi pula mendakwa Steven memaksanya duduk di atas ribanya dan membuka zip seluarnya. 

Beberapa wartawan wanita juga melaporkan dijemput Seagal untuk 'sesi peribadi' di kamarnya.

Pada September 2018, pihak polis Los Angeles mengatakan tidak akan mendakwa Seagal kerana semua tuduhan terhadapnya sudah lama berlalu. - CARI
10

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sinalegna 25-1-2019 12:29 PM
Gosh... Tak tau plak heolls mengharassed bini acik Ellen
Quote nishikido 25-1-2019 12:44 PM
Hero pujaan ramai??? Seagull who??? Who r yus..i xkenal...
Quote chicozinn 25-1-2019 02:26 PM
portia de rossi tu bukan ke lesbo kawen ngn ellen??

no wonder la kawen ngan pompuan sbab da penah ade pengalaman buruk ngn pakcik steven..
Quote Sang_Pencinta 27-1-2019 08:49 PM
nishikido replied at 25-1-2019 12:44 PM
Hero pujaan ramai??? Seagull who??? Who r yus..i xkenal...

Muda2 tak kenal dia ni

Sezaman Chuck Norris
Quote nishikido 27-1-2019 09:12 PM
Sang_Pencinta replied at 27-1-2019 08:49 PM
Muda2 tak kenal dia ni

Sezaman Chuck Norris

No wonder la sis..zaman mak2 i kenal lah kot..hehe
Quote Sang_Pencinta 28-1-2019 09:28 PM
chicozinn replied at 25-1-2019 02:26 PM
portia de rossi tu bukan ke lesbo kawen ngn ellen??

no wonder la kawen ngan pompuan sbab da penah ...

Patutlah Steven Seagal tak pernah dijemput ke Ellen show
Quote gideoncross 4-2-2019 02:04 AM
chicozinn replied at 25-1-2019 02:26 PM
portia de rossi tu bukan ke lesbo kawen ngn ellen??

no wonder la kawen ngan pompuan sbab da penah ...

Wow, new infoooo.
Quote charlesebobbitt 9-2-2019 06:19 PM
I Like The Phone nice design cool features and value for money and you will get OPPO brand satisfaction in this price range so overall it was great experience https://oneprice.pk/oppo-mobiles

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.071197 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top