Susulan saman bintang realiti Rob Kardashian, 31, terhadap bekas tunangnya Blac Chyna yang dikatakan menderanya, Blac Chyna membuat kenyataan balas bahawa Rob sendiri suka dicakar dan ganas semasa seks dan menikmatinya.
Rob Kardashian dalam kenyataan awalnya mengatakan Blac Chyna menderanya secara fizikal pada tahun 2016 dan menuntut ASD500 ribu (RM2.5 juta) atas ganti rugi kecederaan emosi, fizikal dan kerosakan harta benda.
Bagaimanapun, Blac Chyna mengatakan Rob memang suka bermain kasar. Untuk membuktikan hujahnya, Blac Chyna merujuk kepada kenyataan lama Rob yang pernah mengatakan dia tidak kisah pakaiannya koyak ketika bertengkar. 'Dicakar seorang wanita adalah sesuatu yang saya suka' katanya dalam satu dokumen lama mahkamah yang didedahkan oleh The Blast. Pasangan yang dikurniakan seorang anak perempuan bernama Dream ini, bergaduh secara ganas pada Disember 2016 di rumah Kylie Jenner. Rob dan Kylie kemudiannya menfailkan saman ke atas Blac Chyna atas tuduhan keganasan dan vandalisma, berpunca daripada keadaan mabuk. Lebih menyakitkan hati bekas tunangnya, Rob kini sedang berkawan baik dengan musuh Alexis Skyy, iaitu musuh ketat Blac Chyna. Blac Chyna berkata oleh kerana Rob sendiri sukakan keganasan, dia tidak mahu membayar jumlah ASD500 ribu yang diminta tetapi bersetuju membayar harga t-shirt yang koyak dan barangan yang rosak sebanyak ASD250 (RM100) hingga ASD5000 (RM20K). Pasti peminat dan penonton sudah muak dengan telatah pasangan ini yang tidak henti-henti bertelagah sejak dahulu lagi. -CARI
|
6
Bagus |
7
Marah |
12
Terkejut |
13
Sedih |
10
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT