CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tetamu Kecewa Donald Trump Hidang Makanan Segera Sahaja Untuk Jamuan White House

16-1-2019 01:30 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 14264| Komen: 110|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Isnin lalu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerima kedatangan tetamu istimewa di White House iaitu pasukan The Clemson Tigers yang menjuarai kejohanan bola kebangsaan selepas mengalahkan Alabama Crimson Tide di peringkat akhir. 



Kredit foto: Metro
Perjumpaan dan makan malam dengan Trump sepatutnya bermula pada pukul 6.00 petang tetapi oleh kerana krisis bajet kerajaan, kebanyakan pekerja dapur White House telah direhatkan. Jadi kakitangan Trump yang tidak bersedia telah menghidangkan menu makanan ringan untuk tetamunya itu. Antaranya makanan daripada restoran segera McDonald , Wendy,  Burger King dan Domino.


Kredit foto: Chicago Tribune
"Kerana sebab yang tidak disangka dan kedatangan tetamu istimewa, saya telah mengarahkan staff membeli makanan segera, semuanya daripada duit poket saya sendiri," kata Trump. Makanan segera itu kemudiannya dihidang di atas pinggan mangkuk yang mahal.


Kredit foto: Buzzfeed
"Trump mengucapkan tahniah kepada mereka dan berkata dia tidak mahu menghidangkan salad yang disediakan oleh isterinya kerana tidak sesuai jadi makanan segera telah dihidangkan," tambah pemberita itu lagi. Sekurang-kurangnya 1000 biji burger dihidangkan dalam jamuan itu.


Kredit foto: Twitter
Menurut pemberita yang turut serta, beberapa orang tetamu yang hadir merasa terkejut dengan makanan yang dihidangkan kerana mereka menjangkakan White House akan menyediakan makanan yang lebih baik. 


Kredit foto: Twitter
Beberapa orang pemain juga didengar berkata 'makanan ini pasti tidak akan diluluskan oleh pakar pemakanan pasukan kita'.


Kredit foto: Twitter
Bersyukurlah dengan apa yang ada, pasti ada sebab Trump hanya mampu menghidangkan burger kepada tetamu. -CARI pentingnya.
16

Bagus
15

Marah
15

Terkejut
16

Sedih
11

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sofiazara 16-1-2019 01:38 PM
1. napa US ada krisis bajet?
2. napa pasukan bola diberi makanan segera dan bukan mknn sihat?
3. takde ke acik catering mcm kat malaya yg boleh buat healthy food mcm ayam bakar / salad / brown rice beserta buah2an import?
Quote RatuDunia94 16-1-2019 01:39 PM
Knp x suruh Melania je masak. Bihun Goreng ke.. Mee Rebus, Roti Jala ke. Simple je..
Quote Sang_Pencinta 16-1-2019 01:41 PM
sofiazara replied at 16-1-2019 01:38 PM
1. napa US ada krisis bajet?
2. napa pasukan bola diberi makanan segera dan bukan mknn sihat?
3. t ...

1. Republikan masih bertelingkah pasal bajet Tembok Pemisah Mexico yang diminta Trump tidak diluluskan Demokrat

2. Makanan kegemaran Trump ialah makanan segera / ringan spt ayam goreng, burger dan soda

3. See no 2, Trump sendiri prefer makanan junk food berbanding catering / makanan sihat
Quote Sang_Pencinta 16-1-2019 01:43 PM
RatuDunia94 replied at 16-1-2019 01:39 PM
Knp x suruh Melania je masak. Bihun Goreng ke.. Mee Rebus, Roti Jala ke. Simple je..

Menurut sumber Melania rajin masal salad

Tapi Trump kata tak sedap
Quote RatuDunia94 16-1-2019 01:45 PM
Sang_Pencinta replied at 16-1-2019 01:43 PM
Menurut sumber Melania rajin masal salad

Tapi Trump kata tak sedap

Sah2 la Trump malu nk hidangkan kat tetamu salad Melania tu.. i doubt sheols reti masak n masuk dapur..
Quote insulin 16-1-2019 01:46 PM
Sang_Pencinta replied at 16-1-2019 01:41 PM
1. Republikan masih bertelingkah pasal bajet Tembok Pemisah Mexico yang diminta Trump tidak dilulu ...

Rasa pelik berkenaan no. 1 tu. Adakah rakyat Amerika memang tak kisah pendatang asing melompat masuk ke negara mereka?
Quote Sang_Pencinta 16-1-2019 01:48 PM
RatuDunia94 replied at 16-1-2019 01:45 PM
Sah2 la Trump malu nk hidangkan kat tetamu salad Melania tu.. i doubt sheols reti masak n masuk da ...

"Later, Trump spoke to the team to offer congratulations on their victory, and took special note of the dinner, telling the team he didn't want to feed them salads prepared by the first lady, so he ordered fast food from American companies."
Quote Sang_Pencinta 16-1-2019 01:50 PM
insulin replied at 16-1-2019 01:46 PM
Rasa pelik berkenaan no. 1 tu. Adakah rakyat Amerika memang tak kisah pendatang asing melompat mas ...

They oll kisah tapi janji pilihanraya Trump dulu kata kos tembok tu RM30 billion datang dari negara Mexico

Sekarang Trump tukar cerita minta pembayar cukai pula yang tanggung kos tembok tu

Rosaklah bajet negara
Quote pokaibanktokyo 16-1-2019 01:57 PM
Semakin lingkup bawah rejim trump
Quote shernazz 16-1-2019 01:58 PM
Xpe la..trump dh memuliakan tetamu
Dari dia hidang teh o n biskut mayat je?
Xpon air bujang..haha

Happy la guest semua dpt makan makanan yang dilarang
Quote Dwdrum 16-1-2019 01:59 PM
insulin replied at 15-1-2019 09:46 PM
Rasa pelik berkenaan no. 1 tu. Adakah rakyat Amerika memang tak kisah pendatang asing melompat mas ...

Mereka buat perkara yang sama pada obama for 17 days jadi seperti sekarang..... crisis kewangan rasa nya tiada issue sebelum ini mereka luluskan budget trillion untuk space millitary .... democrat banyak menjaga hati minority immigrant .... di sini i bukanbercakap supporters democrats but democrats politicians sendiri mereka ada own mason kepenti gan mereka sendiri.... capitalist ussually golongan mereka ini ..... berselindung dan membela golongan minority.... i sendiri duduk di golongan liberals somehow banyak yang bodoh .... seperti anak kera di hutan di susu kan anak sendiridi abaikan ...
Quote misc 16-1-2019 02:00 PM
Tetamu tu pun, ok per McD. Anggap je lah cheat day. Better daripada dia hidang nasi lemak seringgit dgn karipap 2 biji sorang.
Quote Dwdrum 16-1-2019 02:01 PM
shernazz replied at 15-1-2019 09:58 PM
Xpe la..trump dh memuliakan tetamu
Dari dia hidang teh o n biskut mayat je?
Xpon air bujang..haha
...

American fastfood ...bila lagi mahu kebangga ..... mungkin mereka hadap tacobell
Quote Dwdrum 16-1-2019 02:01 PM
shernazz replied at 15-1-2019 09:58 PM
Xpe la..trump dh memuliakan tetamu
Dari dia hidang teh o n biskut mayat je?
Xpon air bujang..haha
...

American fastfood ...bila lagi mahu kebangga ..... mungkin mereka hadap tacobell
Quote SissySembah 16-1-2019 02:06 PM
Syabas president trump kerana menjamu fast food kepada tetamu...
beberapa persen duit membeli makanan2 itu akan di sumbangkan kepada israel utk membedil ummah palestin...

semoga beliau tingkatkan lagi jualan mcdonald selepas ini...

1 mcdonald big set = 1 nyawa ummah sunni...
Quote ira_229 16-1-2019 02:09 PM
RatuDunia94 replied at 16-1-2019 01:39 PM
Knp x suruh Melania je masak. Bihun Goreng ke.. Mee Rebus, Roti Jala ke. Simple je..


komen yg win...
Quote myakayina 16-1-2019 02:10 PM
maybe dorg ingat trump akan jamu dgn menu yg ala2 fine dining gituh..sudahnya..fastfood jer.. jadilah ye tak dari takde food langsung...
Quote C1k_J4h 16-1-2019 02:10 PM
sofiazara replied at 16-1-2019 01:38 PM
1. napa US ada krisis bajet?
2. napa pasukan bola diberi makanan segera dan bukan mknn sihat?
3. t ...

1.parlimen xnak luluskan bajet trump nak buat tembok. gaji pekerja pun sangkut2. kann..cam bangang gak trump ni.kaya byk duit.panggil la katering




Quote C1k_J4h 16-1-2019 02:11 PM
Sang_Pencinta replied at 16-1-2019 01:43 PM
Menurut sumber Melania rajin masal salad

Tapi Trump kata tak sedap

sald kire masak ke?hahahah

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.067135 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top