Kehilangan pendengaran atau pekak mungkin berpunca daripada genetik, komplikasi ketika kelahiran, jangkitan penyakit tertentu, jangkitan telinga kronik, terdedah kepada bunyi bising berlebihan dan penuaan.
Namun, berbeza dengan wanita ini kerana dia disahkan menghidap penyakit aneh selepas mendakwa tidak boleh mendengar suara lelaki. Menurut METRO.co.uk, pesakit dikenali sebagai Chen mendakwa pada suatu hari, telinganya berdengung dan berasa sakit. Dia menyangka selepas tidur, rasa sakit itu akan berkurangan. Namun, wanita itu panik sebaik menyedari telinganya tidak berfungsi apabila teman lelakinya bercakap dengannya.
Keadaan menjadi lebih pelik apabila dia mendapati pendengarannya berfungsi seperti biasa ketika bercakap dengan doktor wanita di Hospital Qianpu di bandar Xiamen, timur China. Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Lin Xiaoqing berkata, Chen boleh mendengar dengan baik ketika bercakap dengannya. "Tetapi, sebaik seorang pesakit lelaki bersuara, dia mendakwa tidak dapat mendengarnya langsung," ujarnya. Dr Lin mengesahkan Chen menghidap penyakit yang dikenali sebagai 'Kehilangan pendengaran frekuensi rendah'. Menurut doktor itu, Chen kekurangan tidur hingga menyebabkan tekanan pada tubuhnya kerana sering bekerja hingga lewat malam. Dr Lin percaya keletihan dan tekanan menyumbang kepada keadannya itu yang menyebabkan kehilangan kepekaan terhadap bunyi yang lebih mendalam. Menurutnya, Chen hanya boleh mendengar bunyi yang lebih tajam degan frekuensi tinggi seperti suara wanita. Eh, penyakit begini pun ada ya? Pertama kali penulis mendengarnya. - CARI
|
10
Bagus |
9
Marah |
10
Terkejut |
8
Sedih |
11
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mbhcsf replied at 15-1-2019 10:19 PM
oh yes wow, plausible scientifically sebab vocal folds lelaki / pita suara lelaki fundamental freq ...
ADVERTISEMENT