View: 2092|Reply: 6
|
Pelik! Wanita Ini Jadi Pekak Bila Dengar Suara Lelaki Saja
[Copy link]
|
|
Kehilangan pendengaran atau pekak mungkin berpunca daripada genetik, komplikasi ketika kelahiran, jangkitan penyakit tertentu, jangkitan telinga kronik, terdedah kepada bunyi bising berlebihan dan penuaan.
Kredit foto: Go Church
Namun, berbeza dengan wanita ini kerana dia disahkan menghidap penyakit aneh selepas mendakwa tidak boleh mendengar suara lelaki.
Menurut METRO.co.uk, pesakit dikenali sebagai Chen mendakwa pada suatu hari, telinganya berdengung dan berasa sakit. Dia menyangka selepas tidur, rasa sakit itu akan berkurangan.
Namun, wanita itu panik sebaik menyedari telinganya tidak berfungsi apabila teman lelakinya bercakap dengannya.
Keadaan menjadi lebih pelik apabila dia mendapati pendengarannya berfungsi seperti biasa ketika bercakap dengan doktor wanita di Hospital Qianpu di bandar Xiamen, timur China.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Lin Xiaoqing berkata, Chen boleh mendengar dengan baik ketika bercakap dengannya.
"Tetapi, sebaik seorang pesakit lelaki bersuara, dia mendakwa tidak dapat mendengarnya langsung," ujarnya.
Dr Lin mengesahkan Chen menghidap penyakit yang dikenali sebagai 'Kehilangan pendengaran frekuensi rendah'.
Menurut doktor itu, Chen kekurangan tidur hingga menyebabkan tekanan pada tubuhnya kerana sering bekerja hingga lewat malam.
Dr Lin percaya keletihan dan tekanan menyumbang kepada keadannya itu yang menyebabkan kehilangan kepekaan terhadap bunyi yang lebih mendalam.
Kredit foto: METRO
Menurutnya, Chen hanya boleh mendengar bunyi yang lebih tajam degan frekuensi tinggi seperti suara wanita.
Eh, penyakit begini pun ada ya? Pertama kali penulis mendengarnya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cube dengar suara sajat. dapat dengar ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dapatlah dengar pasangan moaning tika bersama |
|
|
|
|
|
|
|
oh yes wow, plausible scientifically sebab vocal folds lelaki / pita suara lelaki fundamental frequency depa rendah dari wanita
read this :
Fundamental frequency. The voiced speech of a typical adult male will have a fundamental frequency from 85 to 180 Hz, and that of a typical adult female from 165 to 255 Hz. Thus, the fundamental frequency of most speech falls below the bottom of the "voice frequency" band as defined above.
https://www.google.com/search?q= ... +vocal+folds&rl |
|
|
|
|
|
|
|
Kita mmg ptt jemput dia or sent vid bang jat kt dia.. ini keajaiban utk mnentukan siapa sbnrnya bang jat yitewww... |
|
|
|
|
|
|
|
Masaalah pendengaran macam ni pun ada rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
kiranya kalau lelaki tinggikan suara baru dia boleh dengar ke lelaki punya suara still stay at the same frequency walaupun tinggikan suara?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|