Tun Dr. Mahathir mencipta sejarah apabila menjadi Perdana Malaysia sebanyak dua kali. Kredit foto: AFP Artikel
berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan kemenangan Pakatan
Harapan (PH) dan kembalinya Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri
Malaysia ketujuh dinobatkan sebagai paling popular di Asia sepanjang 2018. Perkara
itu diumumkan South China Morning Post dalam rangkuman yang memaparkan 12 artikel
paling banyak dibaca oleh pengunjung portal berita berkenaan.Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Kredit foto: AFP
Manakala,
liputan tentang bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Tun
Abdul Razak yang berdepan tuduhan penyalahgunaan kuasa dalam skandal 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) dinamakan kedua paling popular.Datin Seri Rosmah Mansor. Kredit foto: Kyodo Selain
itu, artikel mengenai koleksi beg tangan mewah berjenama Birkin yang dikatakan dimiliki
oleh isteri Mohd. Najib, Datin Seri Rosmah Mansor menduduki tempat ketiga. Artikel
keempat dan kelima paling popular di Asia adalah masing-masing berkaitan Singapura
iaitu pendedahan tentang kegiatan pelacuran di Orchard Road dan perempuan
simpanan muda atau anak ikan yang hidup serba mewah. Dalam
pada itu, artikel yang mengupas tentang persoalan yang dibangkitkan oleh banyak
pihak tentang keturunan Miss Universe, Catriona Gray dari Filipina berada di
tempat keenam dan diikuti laporan berhubung sikap prejudis tuan rumah di
Malaysia serta Singapura terhadap warga asing berkulit gelap. Kim Jong-Un. Kredit foto: ReutersArtikel
kelapan paling popular adalah mengenai pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un
yang didengar berbincang dengan Presiden Korea Selatan, Moo Jae-in dalam bahasa
Korea aksen Switzerland pada sidang kemuncak antara dua negara tersebut April
lalu. Tempat
kesembilan juga adalah artikel berkaitan Korea Utara iaitu tentang bagaimana
negara yang mengamalkan sistem pemerintahan diktator itu berusaha untuk mencuri
tumpuan dunia dalam temasya Olimpik Musim Sejuk yang berlangsung di Pyongchang,
Korea Selatan. Laporan
tentang eksport barangan tiruan dari China ke seluruh dunia mendudukan tangga
ke-10 dari segi populariti manakala tempat berikutnya menjadi milik artikel
berhubung kontroversi yang dicetuskan oleh Menteri Hal Ehwal Perikanan dan
Maritim Indonesia, Susi Pudjiastuti yang menuduh nelayan-nelayan China yang
menceroboh perairan negaranya sebagai melakukan jenayah terancang rentas
sempadan. Tempat
terakhir dalam senarai artikel paling popular di Asia adalah artikel tentang
Menteri Kewangan Singapura, Heng Swee Keat yang diuar-uarkan sebagai bakal
Perdana Menteri baharu republik berkenaan bagi menggantikan Lee Hsien Loong. Nampaknya,
artikel berkaitan Tun Dr. Mahathir menduduki tempat teratas sekali gus
membuktikan ramai orang di Asia berminat untuk mengikuti perkembangan beliau. -
CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|