Kanak-kanak berusia 10 tahun yang didakwa dirogol abang kandungnya dilaporkan telah melahirkan bayi lelaki.
Memetik METRO, kanak-kanak terbabit menjalani pembedahan Caesar di sebuah hospital di bandar Puerto Leguizamo, Colombia di mana dia dan anaknya dalam pemantauan doktor dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Pengarah hospital, Camilo Diaz berkata, pihaknya menerima maklumat daripada polis bahawa kanak-kanak berkenaan hamil selepas diperkosa abangnya. Menurut media tempatan, keluarga mangsa enggan melaporkan jenayah yang dilakukan anak lelaki mereka kepada pihak berkuasa, namun polis kini melancarkan siasatan terhadap dakwaan penderaan seksual terhadap kanak-kanak terbabit. Sementara itu, media sebelum ini melaporkan, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Minnesota ditahan selepas dipercayai membunuh bayi lelaki berusia enam bulan. Kanak-kanak terbabit dituduh membunuh dengan sengaja selepas dia didakwa memijak kepala mangsa di sebuah pusat jagaan kanak-kanak. Mangsa dibawa ke hospital di St Paul Minnesota sebelum disahkan meninggal dunia. Ketika disoal siasat, kanak-kanak itu mengakui dia sengaja mencederakan bayi berkenaan dengan menghempasnya ke lantai. Menurut Sherif Chippewa Jim Kowalczyk, kanak-kanak terbabit panik selepas bayi itu meraung kesakitan, lalu menginjak-injak kepala mangsa. Difahamkan, ketika kejadian kanak-kanak terbabit tinggal bersama keluarganya yang mengendalikan pusat jagaan kanak-kanak di bandar Wheaton berkenaan. Isnin lalu, mahkamah menetapkan bon tunai sebanyak ASD 50,000 (RM204,450) dikenakan terhadap kanak-kanak terbabit. - CARI
|
20
Bagus |
15
Marah |
21
Terkejut |
26
Sedih |
16
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
umbut replied at 7-11-2018 11:49 AM
Filipin bab seks ni memang teruk.. open gilaaaa... kalah western..
NekNgah replied at 7-11-2018 12:04 PM
Berita kat atas tulis Columbia, mana datangnya Filipina???
chicozinn replied at 7-11-2018 02:11 PM
ada je kes ni kat malaysia..sebijik jalan citer dia cuma skang budak pompuan tu umo 13 thun n abang ...
she replied at 7-11-2018 03:43 PM
Kt Kedah dlu pun ada kes budak 12 tahun beranak...kena rogol dgn abg ipar
Kesian kecik2 dah ras ...
ADVERTISEMENT