Reputasi bekas pelakon siri Grey's Anatomy, Katheri-ne Heigl, 34, kini terjejas apabila dirinya dicop artis bermasalah kerana menyebabkan keadaan kucar-kacir ketika penggambaran filem Life As We Know It pada 2010. Menurut sumber, setiap hari Katherine bukan hanya akan mempersoalkan mengenai pakaian dan solekan, tetapi juga tidak berpuas hati dengan skrip diberi padanya. Ibu merangkap pengurus pelakon itu, Nancy Heigl juga dikatakan turut membuat kecoh. Semua kru tidak tahan dengan mulutnya yang suka memaki hamun walaupun kesalahan kecil. "Pakaian disediakan sesuai dengan karakter Katherine, tetapi ibunya inginkan sesuatu yang lebih bergaya untuk anaknya. Pihak produksi juga ada menyediakan makanan, tetapi mereka inginkan sesuatu yang lebih enak," kata sumber itu. Seorang lagi sumber yang turut bekerja di lokasi penggambaran 27 Dresses yang dijayakan Katherine pada 2007 mengatakan, dia wanita pendesak kerana inginkan bilik lebih besar. “Dia dan ibunya sama saja. Mereka inginkan sesuatu yang mewah seperti bilik dan pengangkutan untuk ke set penggambaran. Saya pelik mengapa mereka berkelakuan begitu, sedangkan bintang ternama tidaklah cerewet seperti mereka,” katanya. Bagaimanapun, pe-ngarah Life As We Know It, Greg Berlanti menafikan dakwaan itu dan mengatakan bakal bekerjasama lagi dengan Katherine. Produser Denise Di Novi juga mengatakan Katherine dan ibunya adalah wanita kuat semangat dan berani menempuh pelbagai cabaran bersama-sama. “Mereka lebih suka meluah-kan apa yang mereka rasa,” katanya. Kathrine eng-gan mengulas dakwaan itu dan berharap dapat membersihkan namanya menerusi lakonannya dalam siri CIA.
|
ADVERTISEMENT