CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tertekan Sering Ditanya Bila Mahu Berkeluarga, Wanita Ini Kahwini Diri Sendiri!

17-10-2018 03:30 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 3854| Komen: 20|Original author: Oleh: Suzy


Pelajar Universiti Oxford ini sering ditanya hal perkahwinan oleh kedua ibu bapanya. Tertekan dengan pertanyaan itu, Lulu Jemimah, 32, merancang sebuah perkahwinan demi ibu bapanya.  

Bagaimanapun, majlis perkahwinan itu dilangsungkan tanpa pengantin lelaki! Ia diadakan di Pub Quepasa, Uganda pada 27 Ogos lalu dengan kos perbelanjaan kira-kira RM10.30 yang digunakan untuk membayar teksi.

Lulu bukan sahaja menghantar kad jemputan kepada beberapa rakannya, malah menempah pakaian pengantin untuk majlisnya itu.  Seorang rakannya yang bekerja sebagai pereka laman web mereka bentuk dan mencetak kad jemputannya, manakala rakannya yang lain membayar pakaian pengantin yang disewa sementara abangnya membakar kek untuknya. 



Foto: Mirror UK

Seperti yang dijangka, ibu bapa Lulu tidak menghadiri majlis itu, namun menjelaskan kepada ibunya mengenai tindakan pelik itu. 

"Bapa saya masih berdiam diri dan dia tidak tahu apa yang hendak dikatakan," ujar Lulu.

Mengikuti pengajian Sarjana dalam Penulisan Kreatif, Lulu tetap dengan pedirian tentang masa depannya dan menolak hasrat ibu bapanya untuk melihat dia berkahwin. 


Foto: Mirror UK

"Saya mempunyai semangat yang kuat dalam kehidupan dan saya komited untuk mencapai matlamat saya menjadi seorang ahli akademik.

"Tetapi, semua ahli keluarga saya mendesak dengan persoalan bila saya akan berkeluarga dan memiliki anak, apatah lagi perkahwinan amat penting di Uganda. 

“Bapa saya menulis ucapan perkahwinan ketika saya masih berusia 16 tahun. Setiap kali menyambut ulang tahun, ibu saya berdoa untuk saya cepat-cepat berkahwin dan beberapa tahun kebelakangan ini, dia mula berdoa dan merayu agar saya mendapat suami yang baik," katanya kepada Mirror UK. 

Lulu adalah pemegang Ijazah Sarjana Media (Filem) dari Universiti Macquarie di Australia dan memulakan pengajian di peringkat master pada Ogos 2017.  

Dia sebelum ini bekerja sebagai wartawan bebas dan perunding komunikasi untuk Pertubuhan Migrasi Antarabangsa. - CARI
35

Bagus
35

Marah
40

Terkejut
32

Sedih
38

Lawak
41

Bosan

Friends Rank (221 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote serawadurian 17-10-2018 04:17 PM
Bijak sis....lol
Quote paz 17-10-2018 04:43 PM
Cantik plak tengok gambar kawin dia. Maybe color contrast tu buat menarik.
Quote meklalala 17-10-2018 04:45 PM
taknak komen pasal dia kawen diri sendiri cuma nak cakap HITAM ITU MENAWAN
Quote Artemesiaa 17-10-2018 05:36 PM
Walaupun buat majlis sebegini belum pasti akan boleh menutup mereka2 tu dari terus berbicara mengenainya
Quote whitePoison 18-10-2018 12:18 AM
Rugi je buat majlis tu..Pekak kan je telinga..Abaikan ape orang nak kata.
Quote 234126 18-10-2018 06:08 AM
Cantik dan bijak. Bijak berfikir bukan bijak atas kertas je haha
Quote Shirley23 18-10-2018 08:15 AM
Baik punya troll. Cantik jer akak tu, muka manis
Quote haryatie 18-10-2018 08:26 AM
pekak kan telinga je kalau da xde jodoh
aman2 jerk hidup sorang2
pe lg da hidup dgn lebih baik..semua ada
kecuali satu jerk  suami
kdg2 org yg  xde suami hidup nya lbih baik dr yg ada suami
Quote whadda 18-10-2018 10:14 AM
cantik walaupon rambut setompok setompok
Quote Bujat 18-10-2018 10:24 AM
Acik bawang tudong kepam nak kata apa?

Close case
Quote Burong_Hantuk 18-10-2018 11:10 AM
ringkas tapi nampak hebat
Quote Emperor95 18-10-2018 11:20 AM
You should just ignore what other people say. No need to think much about it.
Quote akakmasihvogue 19-10-2018 09:10 AM
Seri pengantin terserlah
Quote zameyla 19-10-2018 09:44 AM
32 muda lagi paa....
Quote Foxey 19-10-2018 10:08 AM
yeah... banyak lagi dia nak capai dalam hidup selain berkahwin. if she's happy with herself, why not?
Quote mieymiey 19-10-2018 10:25 AM
Kalau buat cenggini kat Malaysia, mesti orang kata pengantin lelaki tu sebenarnya bunian.
Quote abangadek 19-10-2018 12:02 PM
whitePoison replied at 18-10-2018 12:18 AM
Rugi je buat majlis tu..Pekak kan je telinga..Abaikan ape orang nak kata.

kos perbelanjaan kira-kira RM10.30 rugi mende yg lain semua sponser
Quote chinta89 22-10-2018 03:28 PM
bijaknya dia. tp xnk fikir kawin lagi nk buat mcmne, hrp ibubapanya bersabar.
Quote Idgaf 22-10-2018 07:59 PM
Xpela sis kawen diri sendiri. Yang penting bahagia.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.042742 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top