CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Diri Bawah Pokok Mangga

16-10-2018 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2276| Komen: 11

Penduduk kampung di Tenom digemparkan dengan penemuan mayat lelaki tergantung pada dahan pokok mangga, semalam.

Harian Metro melaporkan, seorang penduduk kampung yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan menemui mayat lelaki berusia 50-an itu kira-kira jam 6.30 pagi.



Gambar Hiasan

Pemangku Ketua Polis Daerah Tenom, Asisten Superintendan Ahmad Razali Shaari mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu pada 7.05 pagi.

“Orang awam memaklumkan ada seorang lelaki dipercayai mati akibat menggantung diri pada sebatang pokok mangga di kampung itu.

“Siasatan awal mendapati, saksi seorang lelaki berusia 40-an dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah ternampak lelaki itu tergantung pada dahan pokok mangga," katanya kepada NSTP.


Difahamkan, saksi memaklumkan kepada jiran terdekat untuk menghubungi polis selepas mendapati lelaki terbabit sudah tidak bernyawa.

"Hasil siasatan di tempat kejadian, lelaki itu dipercayai membunuh diri dengan cara mengikat tali nilon pada dahan pokok itu menggunakan kerusi. Tali itu diikat pada lehernya.

“Lelaki itu dipercayai merebahkan kerusi itu menyebabkan lehernya terjerut dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Pemeriksaan mendapati mangsa dipercayai warga asing itu tidak memiliki sebarang dokumen dan dibawa ke Hospital Tenom untuk bedah siasat.

Hingga kini, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan,” katanya. - CARI
11

Bagus
13

Marah
10

Terkejut
10

Sedih
15

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meklalala 16-10-2018 09:08 AM
alaaa elok je lepas hantar anak sekolah pastu gantung diri..ohh kenapakah bapak oiiii..tekanan apa ni? ke ada org bunuh pastu create mcm bunuh diri hurmmm..takziah kepada keluarga mangsa..
Quote Body_language 16-10-2018 09:21 AM
meklalala replied at 16-10-2018 09:08 AM
alaaa elok je lepas hantar anak sekolah pastu gantung diri..ohh kenapakah bapak oiiii..tekanan apa n ...

Errrr.......bukan ke bapak yg lps anto anak ke sekolah tu yg jumpa mayat gantung diri kat pokok.....bukan dia yg gantung diri??
Quote meklalala 16-10-2018 09:23 AM
Body_language replied at 16-10-2018 09:21 AM
Errrr.......bukan ke bapak yg lps anto anak ke sekolah tu yg jumpa mayat gantung diri kat pokok... ...

eh eh ampunkan mek, mek tersalah baca laa...hahahaha
Quote zulka 16-10-2018 09:24 AM
meklalala replied at 16-10-2018 09:08 AM
alaaa elok je lepas hantar anak sekolah pastu gantung diri..ohh kenapakah bapak oiiii..tekanan apa n ...

ko ni melalut ke apa? ni mesti baca sekerat sekerat ni..
Quote meklalala 16-10-2018 09:26 AM
zulka replied at 16-10-2018 09:24 AM
ko ni melalut ke apa? ni mesti baca sekerat sekerat ni..

takk tak..merepek ni sebab belum breakfast lagi kot..
Quote mieymiey 16-10-2018 09:36 AM
Apa punca dia bunuh diri?
Ada keluarga yang ditinggalkan?
Quote buapakperut 16-10-2018 09:40 AM
ish3 jadila pokok mangga berhantu
Quote insulin 16-10-2018 09:41 AM
Takziah kepada waris mangsa.
Quote Amigurumi 16-10-2018 10:14 AM
Edited by Amigurumi at 16-10-2018 10:16 AM
meklalala: alaaa elok je lepas hantar anak sekolah pastu gantung diri..ohh kenapakah bapak oiiii..tekanan apa ni? ke ada org bunuh pastu create mcm bunuh diri hu ...


Nak kena cepuk ke..merepek pagi2 ni
Quote samasam90 16-10-2018 10:58 AM
harus semua budak takut nak lalu kawasan tu
Quote Keropok12 28-10-2018 04:59 PM
Ya tuhankuuuuu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.035342 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top